Nak mendidik anak berpuasa tak salah, tapi janganlah sampai memudaratkan. Tak dinafikan ramai mak, ayah ingin dedahkan anak-anak untuk berpuasa seawal 5,6 tahun.
Namun tak semua anak bersedia untuk berpuasa seawal itu. Sebaiknya berpada-padalah dalam mendidik anak berpuasa, janganlah hingga memaksa.
Ikuti perkongsian Dr Izzar ini dan hadam baik-baik ya mak, ayah.
Kanak-Kanak Berpuasa
Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memudaratkan anak 😨
Anak2 kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum. Takut kalau disuruh juga anak2 kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.
Baca Artikel Berkaitan : Solat Anak Belum Penuh, Sedihnya Mak Ayah Dah PUSH Anak Berpuasa
Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah-marah sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganlah expect untuk anak berpuasa seharian.
Untuk anak-anak kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam sudahlah. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yelah, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, itu yang anak-anak suka dan akan ingat.
Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke mungkin adalah lebih baik.
Baca Di Sini : Cara Dr Sheikh Muszaphar Mula Latih Anak Berpuasa Umur 5 Tahun!
Kalau nak melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu ingat :
✅ sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.
❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi atau MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak.
❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.
❌JANGAN PAKSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung) dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang
❌ Air berkarbonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan
Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang. Tak kisahlah masa bulan Ramadan atau tak. Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan.
Mingguan Wanita : Nak melatih anak berpuasa, lihatlah kemampuan mereka. Jangan dipaksa anak berpuasa semata-mata nak mengikut trend anak orang lain berpuasa penuh kerana setiap anak kemampuannya tak sama.
Sumber : Instagram Dr Izzar
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita