Nak Masak Telur Kuantiti Banyak Guna Teknik Kukus, Jimat Masa, Tak Pecah & Tahan Lebih Lama!

Share

Jika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.

Namun demikian ada tips dan ilmu baru yang dikongsikan oleh ahli-ahli didalam page Masak Apa Hari Ni (MAHN ) mengenai kelebihan teknik mengukus telur yang dikatakan lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Bumirah Jukki ini.

“Ni bukan telur mentah tau, saya mengunakan teknik mengukus je pakai dapur gas untuk majlis perkahwinan anak saya. Takde sebiji pun yang pecah dan 3 jam dah siap. Mudahkan! Saya ada geng tak rebus telur cara macam ni?

Perkongsian tersebut mendapat respon yang sama daripada yang lain.

Antaranya;

Sara Vee

“Saya pun guna cara ini untuk tempahan majlis kahwin.Memang jimat masa & tiada telur pecah..Dan telur jadi tahan lama.”

“Sebelum rebus/kukus kan kita cuci bersih dulu. Masa 40 minit untuk 100 biji telur. Air kena betul-betul mendidih dahulu,baru start kukus”.

“Lepas naikkan telur ke pengukus berisi telur api jangan kuat sangat. Jika terlalu panas telur jadi pecah. Cuma masa nak kukus tu air memang betul-betul kena menggelegak lepas tu slowkan api”.

Periuk Noxxa

Mimie Mohamad Noor

“Saya guna noxxa je telur 30 biji letak air 1 cawan dan masak selama 2 minit je.Tekan HP 2 minit dan tutup periuk.Kukus telur tahan lama banding dengan yang rebus”.

Saadiah Hassim

“Guna kukus yang besar. Dia ambil masa sekejap aje dalam 10 ke 15 minit”.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!

MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.

Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN )

Published by
Suhaidah Abd Wahab