Nak Masak Pulut Tak Ada Pengukus? Jangan Risau Guna Rice Cooker Pun Boleh

Share

Musim-musim PKP ni, ramai je mak-mak beginner nak cuba masak resipi baru yang mungkin tak pernah dimasak sebelum ini. MW sendiri tak pandai nak masak pulut, mengenangkan takut nanti pulutnya tak sempurna masaknya. Tapi setelah diselidik rupanya, tak ada pengukus pun bukanlah penghalang untuk anda masak pulut. Asalkan ada rice cooker, insyaallah pulut mampu dimasak menggunakan peralatan ini.

Bahan utama iaitu beras pulut dan juga santan

Apa yang penting untuk memasak pulut  bahan utamanya adalah beras pulut (apa-apa jenama), santan kotak kecil apa-apa jenama, sedikit garam dan juga daun pandan disimpulkan diletakkan ke dalam periuk.

Cara memasak pulut

  1. Rendamkan beras pulut sekitar 30 minit sebelum memasaknya.
  2. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan kedalam periuk rice cooker. MW gunakan dua pot beras pulut bersamaan dengan dua sukatan cecair. 1 pot untuk air manakalan 1 pot lagi untuk santan.
  3. Jangan lupa tambahkan garam secukupnya dan daun pandan diikat bagi membangkitkan bau wangi pulut itu nanti.
  4. Kemudian tekan button ‘cook’ pada rice cooker. Sesekali kacau pulut didalam periuk biar adunan santan tadi sekata dan bagi mengelakkan pulut dibahagian bawah berkerak
  5. Masak sehingga button rice cooker dari ‘cook’ bertukar ke ‘warm’. Pulut anda sudah siap untuk dinikmati. Mudah bukan?
  6. Bagi melengkapkan hidangan pulut anda, apa kata makan bersama mangga harum manis beserta santan, serunding, rendang, ikan masin ataupun dengan sambal bilis. Minum pulak dengan secawan kopi…baru lah lengkap
Published by
Mastura Burhanuddin