Nak Makan Macam-macam Pun, Jangan Sampai Terkena Medu Angin

Share

Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada #angin kotor untuk mendudukinya.

Ramai yang pandang remeh bab pemakanan, ada yang main bedal janji perut kenyang. Makanan berangin atau tak, tak payah cakap. Semua telan! Haaa… inilah yang bahayakan diri sendiri, tetiba penyakit yang tak dijangka pun boleh muncul dalam usia muda. Lagi teruk bila cara pemakanan yang diambil boleh mengganggu dari sudut kehamilan. Tak percaya? Ok, jom baca perkongsian dari Puan Norliza Mohd Salleh ini…

Asal Usul Medu Angin

Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah #kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.

Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan #kehamilan serta ketidakselesaan.

Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit #uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.

Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.

Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin – Anda dinasihatkan menjaga pemakanan.

Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:

1. Makanan/Minuman yang Sejuk

Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.

Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.

Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.

2. Makanan/Minuman Masam (berasid)

Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.

3. Makanan/Minuman Bergas

a. Durian.

b. Tapai.

c. Air botol/tin bergas.

4. Makanan/Minuman mengandungi Kafein.

a. Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.

b. Rokok.

5. Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin

a. Petai, jering dan kerdas.

b. Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).

AMALAN LAIN YANG PERLU

  • Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
  • Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
  • Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan.
  • Amalan sampingan untuk elakkan angin adalah mengamalkan herba2 yang mampu menolak angin dalam tubuh badan.
Published by
Nadia