Kecantikan

Nak Makan Jamu Boleh, Tapi Jangan Tinggal Senaman Ini Untuk Keluarkan Peluh!

Share

Sekarang ramai kaum wanita yang gigih amalkan makan jamu dan herba untuk kembali langsing dan dapatkan bentuk badan idaman. Malah mungkin ada mak-mak yang masih ragu-ragu nak makan jamu dan risau dengan kesan jamu pada tubuh badan.

Tetapi kalau suka sangat makan jamu, anda boleh teruskan cuma jangan sampai terlepas pandang untuk minum air yang banyak dan paling penting kena buat senaman. Atau paling tidak, mak-mak di luar sana boleh ikut nasihat saudara Muhammad Ahmad

ini…

Kalau Makan Jamu, Pastikan Buat Perkara Ini

Wahai kakak semua. Nak makan jamu pun boleh, tak nak makan pun boleh. Tapi jangan tinggal senaman keluarkan peluh.

Saya paksa isteri buat:

??stretching
??spot jog,
??Jogging (30 minit)
??push-ups,
??plank,
??Bicycle crunches ,
??Squat,
??curl-up(paling saya suka)
??deep breathing
??kegel.
??Dan lain-lain.

Sekarang tangan dah boleh pegang kaki ketika berada dalam keadaan melunjur, dahi sedikit lagi dapat sentuh lutut.

So kepada kakak-kakak semua, nak sihat, nak badan cantik kenalah exercise, minum air mineral yang cukup(1.5L paling kurang), pilih ulaman kampung, sayuran hijau, ikan bilis, tempe, tempoyak.

Dan yang paling penting apa yang kita makan itu semestinya HALAL LAGI BAIK, sebagaimana firman الله dalam surah Al-Baqarah ayat 168

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Moga bermanfaat.

 

Published by
Nadia