“Nak makan cari sendiri, dibenci tanpa sebab.” Tak mampu, terpaksa tinggal dalam rumah roboh sejak Oktober tahun lalu. Begitulah realiti hidup, bila susah orang membenci.
Namun apalah yang difahami anak sekecil ini. Kisah hidup Adik Akid ini menjadi viral setelah dikongsikan oleh TikTok myfundaction. Posting ini mengundang emosi melihat luahan Adik Akid yang terpaksa hidup susah.
@myfundaction Cuba tengok toilet dorang 😭 #fyp ♬ suara asli – semangat yuk
Rumahnya yang roboh teruk dikatakan berpunca daripada ditiup angin dan Adik Akid tinggal di rumah sebegini sejak tahun lalu.
Ternyata anak kecil tidak mengeluh sebaliknya berusaha mencari makan sendiri dengan mengambil upah membersihkan surau berdekatan. Berat mata memandang, berat bahu yang memikul.
Artikel Berkaitan: Adik Akid Menangis, Sebak Ustaz Ebit Lew Datang Bantu Bina Rumah Baru
Namun tak semua memahami keadaan Akid, malah mengalir air matanya apabila orang membencinya dan dalam video ini dia bertanya dan hairan kenapa orang membenci dia, padahal dia tak berbuat salah.
Luahan ikhlas Akid ini mendapat respon netizen yang turut mengalami situasi yang sama iaitu dibenci kerana hidup susah.
Baca DiSini : Satu-satunya Kayu Siling Rumah Tak Roboh & Hanyut, Selamatkan Nyawa 7 Beranak
Sesungguhnya Akid tidak seorang diri menghadapi situasi ini kerana ramai yang bersimpati dengannya dan mendoakan yang terbaik buat Akid.
Malahan paling terharu, bila pihak @myfundaction akan bantu untuk menyiapkan sebuah rumah baru untuk adik akid.
“Doakan ya semua, bulan ramadan ini kita doakan kebahagiaan untuk Adik Akid ya.
Dalam masa yang sama, myfundaction berjanji akan update dari semasa ke semasa dengan bantuan yang diberikan kepada Adik Akid.
Mingguan Wanita : Semoga Adik Akid terus kuat berdepan dengan ujian berat ini.
Sumber : TikTok @myfundaction