Setengah daripada kita mengeluh sebab berat badan tak turun-turun. Puasa hari tu, ingatkan berat badan boleh turun, tapi sama aje. Lebih teruk makin berisi adalah. Sedih. Lepas tu, ada jugak yang mula kurangkan nasi dan lebihkan sayuran atau lauk pauk. Tapi tetap juga berat badan sama.
Sebenarnya, cara kiraan kita itu salah. Kita ingat dengan ambil segenggam nasi dah membantu tapi segenggam tu berapa banyak pulak kan. Sebab ada tangan yang besar, setengah tu tangan kecil.
Ini ada perkongsian daripada pakar dietitian sendiri. Saranannya dalam mengukur jumlah kuantiti nasi.
“Bila Dietitian pesan makan nasi suku pinggan, ada yang tinggi betul suku nasi dia. Ada pula yang secuit pula suku nasinya.
Bila kata 2 senduk rata, macam-macam saiz pula senduknya. Nasib tak pernah lagi tunjuk saiz senduk kawah.
Bagaimana suku pinggan itu menggunakan konsep pertukaran unit karbo.
1. Bagi wanita, suku pinggan boleh ambil 2-3 pertukaran nasi. Bersamaan 2-3 senduk nasi rata atau 8-12 sudu makan.
2. Bagi lelaki pula, suku pinggan boleh ambil 3-4 pertukaran nasi. Bersamaan 3-4 senduk nasi rata atau 12-16 sudu makan.
Minimum untuk wanita adalah 2 senduk nasi rata dan 3 senduk nasi rata bagi lelaki untuk 3 kali hidangan utama: sarapan, tengahari dan makan malam.
Kuantiti ini penting untuk memastikan tubuh badan, fizikal, mental dan emosi kita kekal berfungsi dengan baik walaupun dalam proses penurunan berat badan.
Kalau berdiet tapi cepat melenting, penat ada la tu yang tak kena. Besar kemungkinan terlalu lesu kerana kurang karbohidratnya.
Boleh tak ada masalah. Gantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti kentang, ubi keledek, roti, tosei, capati, oat, bubur dan sumber karbohidrat kompleks yang lain.
MW: Baru tahu kan jumlah nasi yang kita nak ambil. Lepas nie bolehlah guna panduan daripada pakar dietitian ni nanti.
Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis.
Sumber: Siti Amirah Shalihin