Mak-mak yang suka makan pedas memang tak “hidup” kalau tak ada sambal ketika makan nasi. Lagi pedas lagi bertambah nasi.
Selain sambal belacan, sambal penyet jugak sedap dimakan dengan nasi panas bersama ikan goreng. Tak perlu lauk lain dah.
Kalau mak-mak takut rasa sambal penyet pedas sangat, masak lama sikit, kemudiam tambahkan udang geragau barulah rasa sedap. Ikuti perkongsian Asmawati Ayob ini.
Hari ini kita buat sambal awal sikit. Sambal Penyet Pedas Berdesing namanya. Bila buat banyak macam mini, boleh tahan 4 hingga 5 hari.
Sedap dimakan walau dengan ikan goreng, dimakan dengan telur dadar pun sedap ❤
Baca Juga Di Sini:
SAMBAL Ayam Geprek Derhaka, Simpan Dalam Peti Sejuk Boleh Tahan Berbulan-Bulan!
Sambal Telur Hancur Cili Kering Simple, Tapi Boleh Buat Makan Berpinggan!
Untuk info lebih menarik, klik di sini.
Segenggam ikan bilis
1 labu bawang besar- potong besar-besar
Segenggam cili padi merah
2 hingga 2 biji cili besar
1 biji tomato- potong besar-besar
Cara-cara membuat sambal pedas:
1. Panaskan minyak, mula-mula goreng ikan bilis sehingga agak garing.
2. Tambahkan bawang besar, goreng lagi sehingga bawang layu bawang. Kemudian masukkan semua cili, goreng lama sikit.
3. Akhirnya tambah tomato. Setelah hampir layu, angkat semua bahan dalam blender. Selepas itu, kisar semua sekali dengan minyak goreng lebihan tadi. Blend kasar-kasar. Put aside.
4. Panaskan minyak di kuali yang sama, tumiskan udang geragau. Kalau tak ada, terus masak saja semula bahan-bahan yang di blend tadi. Masak api perlahan saja.
5. Tambah gula, garam, cuka dan bahan perasa secukupnya. Kalau tak ada cuka, letaklah apa-apa yang masam seperti perahan limau nipis , lemon, asam jawa pun boleh. Masak gunakan api perlahan.
6. Lebih lama lebih bagus, barulah sambal penyet tahan lama dan mampu kurangkan pedas cili tadi.
Selamat mencuba.
MW: Mak-mak yang superbusy tu boleh buat sambal ini banyak-banyak terus. Buat banyak dan masak lama sikit, barulah tahan lama. Jimat masa dan tenaga paling penting.
Sumber: Asmawati Ayob