Kulit yang cantik, licin dan cerah tanpa sebarang cela adalah idaman setiap wanita dan lelaki. Tetapi, bila timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat, tentu membuatkan kita menjadi stres dan malu untuk berdepan dengan orang lain.
Sementelah, bila timbul pula parut jerawat dan jeragat yang kekal? Tentu pelbagai usaha yang dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik berseri. Mungkin ada daripada kita yang menggunakan pelbagai produk tetapi keadaan kulit wajah tetap tidak memberikan kesan yang memberangsangkan.
Bagaimana nak dapatkan kulit wajah yang cerah, flawless yang selalu diidamkan oleh setiap wanita? Tapi sebelum anda ketahui JALAN PENYELESAIAN TERBAIK pada wajah anda, apa kata ketahui dulu masalah kulit wajah yang kerap berlaku:
Inilah masalah kulit muka yang serius dialami oleh setiap kita. Ia berlaku disebabkan oleh hormon, faktor pemakanan, jangkitan bakteria, stres, penggunakan produk kecantikan yang salah, tidak membersihkan muka dengan betul dan sebagainya. Lebih meresahkan, bila sembuh ia turut meninggalkan parut jerawat.
2. KULIT WAJAH BERJERAGAT
Pertambahan usia, mungkin menjadi salah satu punca munculnya jeragat. Malah, ia terhasil kerana pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan bakteria pada liang roma muka terutamanya di bahagian dahi, pipi, dagu dan hidung. Malah, punca terjadinya jeragat disebabkan oleh terlalu terdedah dengan pancaran sinar uv, kehamilan, hormon, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.
3. KULIT WAJAH KERING
Faktor cuaca dan pemakaian produk kecantikan yang tidak sesuai dengan kulit menjadi punca kulit menjadi kering. Jadi, sebelum membeli produk kecantikan, kita kena tahu kesesuaian produk dengan jenis kulit muka yang kita miliki. Jangan terus pakai tanpa kita ketahui keadaan kulit muka kita yang boleh memburukkan lagi keadaan.
4. KULIT WAJAH BERMINYAK
Inilah masalah yang merimaskan kerana kita akan merasakan kulit melekit-lekit. Anda yang biasa mengalami saja tahu betapa tidak selesa mempunyai kulit muka berminyak. Kalau nak tahu, masalah ini boleh juga terjadi bila kita suka bersolek, penggunaan produk penjagaan kulit yang berlebihan dan tidak sesuai, hormon, stres dan sebagainya.
5. KULIT WAJAH KUSAM
Tidak mendapatkan rehat yang cukup dan stres membuatkan kulit wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya. Selain itu, salah satu puncanya juga kerana malas menjaga kebersihan wajah. Jangan begitu!
Penyelesaian terbaik untuk masalah yang berlaku pada kulit wajah anda terutamanya parut jerawat dan jeragat, tentulah dengan pemilihan produk penjagaan dari HADA LABO
Premium Whitening Lotion Baharu.Bagi anda yang mengalami masalah kulit wajah, jangan gusar untuk menggunakan produk ini kerana ia sangat sesuai dengan semua jenis kulit. Malah, dengan penggunaan produk HADA LABO Premium Whitening Lotion Baharu tentu sekali ia membantu anda mencerahkan kulit secara berkesan, mengurangkan bintik-bintik hitam, memulihkan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Kandungan 3 Agen Pencerah
Selain itu, faktor yang membuatkan kulit wajah cerah berseri tentulah dengan kandungan 3 agen pencerah utama iaitu Vitamin C, Niacinamide, Alpha-Arbutin untuk memberikan 3 kali kuasa pencerahan.
Ada Lagi!
Dengan penggunaan yang betul, pastinya kulit wajah sentiasa lembab, cerah berseri dan tiada lagi jeragat dan parut jerawat. Jangan gusar kerana produk HADA LABO terbaik dan TIDAK mengandungi alkohol, sumber haiwan, pewarna, pewangi dan minyak mineral.
Begitu juga dengan 2 jenis Hyaluronik Asid yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana banyak kebaikannya pada kulit terutamanya dalam memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit.
Cara penggunaan losyen pun cukup mudah dan senang saja. Setelah membersihkan muka, tuangkan jumlah yang mencukupi di telapak tangan dan tepuk lembut ke wajah hingga menyerap.
Cubalah Hari Ini!
Produk ini boleh didapati di farmasi utama / Lazada / Shopee dengan 170ml @ RM69.00 setiap satu.
Sertailah Hada Labo #CerahBerseriChallenge di Tik Tok:
Anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM20,000 dengan hanya menunjukkan kulit anda yang bersinar dan gerakan tarian anda?
Jom sertai #CerahBerseriChallenge hanya dalam beberapa langkah mudah:
Setiap peserta dibenarkan menghantar lebih dari satu (1) penyertaan semasa tempoh peraduan tetapi hanya boleh memenangi satu (1) hadiah.
Tempoh peraduan:
1 Oktober 2021 – Jumaat (Masa: 12.00 pagi) hingga 31 Oktober 2021- Ahad (Masa: 11.59 malam).
@hadalabomyLet’s join Hada Labo ##CerahBerseriChallenge and stand a chance to win cash prizes worth RM20,000. ##CerahBerseriChallenge ##HadaLaboMY♬ original sound – HadaLaboMY