Kuah Kari memang sedap dimakan dengan Pulut Kuning, Roti Jala, Nasi Putih, Nasi Impit mahupun roti kosong.
Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya.
Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap;
1.Pilih rempah
Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & makanan laut. Pemilihan rempah kari juga sangat penting, pastikan yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.
2.Tumis hingga garing
Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan.
3.Santan
Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan agar menambah rasa lemak. Namun bagi kari jenis makanan laut seperti udang,ketam, sotong mahupun ikan, tidak perlu menambah santan untuk menjadikkan ia lebih sedap.
Ads
3.Lebihkan hirisan bawang putih dan halia
Hirisan bawang putih dan halia juga dapat membantu meningkatkan keenakan rasa dan aroma hidangan kari yang disediakan.
4.Asam jawa
Jangan pernah tinggal untuk menambah asam jawa ke dalam masakan. Ini akan dapat membantu memberi rasa masakan lebih enak dan bercita rasa.
5.Kentang
Perlu tahu kentang lebih enak ditambah didalam kari ayam atau daging, berbanding kacang bendi yang lebih sesuai dimasukkan dalam kari udang mahupun ikan. Hirisan kentang juga berperanan untuk memekatkan lagi kuah kari dan sekali gus menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.
Ads
6.Hilangkan bau
Jika anda ingin menyediakan kari ikan, sebaiknya campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan untuk ‘memotong’ bau hanyir ikan tersebut.
7.Tambahkan rempah
Selain rempah kulit kayu manis dan bunga lawang, boleh juga dicampurkan dengan rempah lain seperti biji sawi, halba dan jintan putih. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Ads
8.Garam
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik dan setelah masukkan santan perasakan sekali lagi dengan garam.
9.Tomato
Memberi rasa masam yang original, masukkan bersama hirisan tomato untuk rasa yang lebih sempurna.
10.Daun kari
Tumis daun kari bersama tangkainya sekali dengan bahan tumisan lain untuk memastikan aromanya mewangi.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam-macam jenis resipi berpantang yang boleh mak-mak cuba, salah satunya ialah Serunding Halia yang cukup mudah dibuat. Serunding Halia ini sangat bagus bagi mak-mak yang masih dalam tempoh berpantang kerana ia dipercayai elok untuk buang angin dalam badan, panaskan badan serta melancarkan perjalanan darah. Tapi bagi mak-mak yang tak berpantang pun elok sangat amalkan serunding halia ni untuk kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian oleh Dayang Faridah untuk menghasilkan serunding halia ini.
Dulu masa berpantang saya suka makan ni. Resipi Berpantang paling sedap, senang dan cepat nak buat. Yang tak pantang if nak makan pun elok. Leyak pusuk or Serunding Halia bagusnya dapat buang angin dalam badan, panaskan badan, lancarkan perjalanan darah tu. So, time pantang tak pening, badan pun rasa nyaman dan ringan je.
Bahan-Bahan
Halia
Ikan bilis
*keduanya sama banyak Tip: Halia terbaik , pilih yang muda or halia kampung yang warnanya lebih gelap dan kecik-kecik.
Cara Membuat
1. Buang kulit halia. Potong kecik melawan urat halia. Tip: Nak senang kupas, guna sudu. Cepat dan selamat tangan.
2. Ikan bilis cuci dengan air dan tos.
3. Tumbuk halia hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sampai lumat. (kalau ada food processor lagi cepat).
4. Panaskan minyak, mesti banyak supaya serunding masak serata dan rangup.
5. Dah panas, masuk bahan ditumbuk tadi.
6. Pastikan, api sederhana dan sentiasa gaul.
7. Goreng sampai kekuningan.
8. Dah garing angkat, toskan minyak.
9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Dah siap, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnnya.
Suami Ina Naim, Suhaimi Saad sebelum ini pernah dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.
Namun disebalik itu Suhaimi beruntung kerana isterinya Ina Naim sentiasa setia di sisi. Terbaru Suhaimi difahamkan kini ditidurkan dan bergantung bantuan pernafasan di ICU di sebuah hospital di Johor.
Sebelum ditidurkan Suhaimi sempat memohon maaf pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.
“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulis Suhaimi.
Suami Ina Naim, Suhaimi Ditidurkan
Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team itu dilaporkan sudah ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.
Dek kerana keadaanya yang amat membimbangkan bapa Ina telah membawa Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.
Doakan Suhaimi Kembali Pulih
Sebelum ini seperti mana dikongsi menerusi akaun Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Wahyu Abudin memohon orang ramai mendoakan sepupunya itu kembali pulih.
“Mohon sahabat-sahabat di Facebook doakan kesihatan sepupu saya, Suhaimi Bin Saad yang ditidurkan di ICU Hospital Johor.
“Semoga antara doa kalian ada yang diangkat doanya… Semoga sepupu kembali sedar dan sihat seperti dulu,” kongsi Ayu.
Muhammad Bilal Putera Sulung Neelofa dan Haris, selebriti dan juga usahawan wanita terkenal Neelofa telahpun selamat melahirkan anak sulung lelaki pada 29 Januari lalu.
Putera sulung yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu negara itu diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris. Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan suaminya, Haris.
Muhammad Bilal Putera Sulung Neelofa & Haris
“Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris” begitulah entri yang ditulis menerusi akaun Facebook Neelofa. Sekaligus mengumumkan nama anak yang baru dilahirkan.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut memberikan ucapan tahniah kepada Neelofa dan Haris. Malah ada yang mendoakan agar anak yang baru dilahirkan menjadi anak yang soleh.
“Alhamdulillah syukur ya Allah, Tahniah ayah dan ibu. Moga sihat walafiat ibu dan anak.Moga jadi anak yang soleh.Aamiin.” komen Khairiyah Mim Kongli.
Haris Mohon Doakan Kesejahteraan Isteri & Zuriat
Haris menerusi kenyataan media telah berkongsi berita gembira tersebut dan memohon agar dapat menitipkan doa bagi kesejahteraan isteri dan zuriatnya.
“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
Rasa Sangat Bersyukur
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara. Terima kasih,” tulis Haris.
Mingguan Wanita: MW doakan Neelofa dan anak diberikan kesihatan yang baik. Selamat berpantang Neelofa. Tak sabar nak tatap wajah anak sulung pasangan popular ini!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...