Ramai wanita memilih untuk bekerja bagi membantu suami, malah ada yang bekerja untuk membantu mak,ayah di kampung yang selama ini berkorban membesarkan kita. Tak kurang juga ada segelintir wanita berpendapat mereka perlu bekerja sebagai persediaan masa depan.
Manalah tahu, esok atau lusa suami tinggalkan atau ceraikan, sekurang-kurangnya sudah ada pendapatan sendiri. Sebenarnya niat itu salah dan terpesong. Wanita ingin bekerja tak salah tetapi cuma betulkan niat, bukannnya takut suami tinggalkan.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin :
“Innamal A’malu Bin Niyat”
Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya…
Kita hidup seperti yang kita niatkan…
Sedikit teguran untuk kita memperbaiki NAWAITU…terutamanya kepada kaum hawa yang mencari pendapatan melalui bekerja atau berniaga setelah dimomokkan tentang perkara-perkara seperti ditinggalkan suami, diceraikan, wanita perlu ada duit sendiri dan sebagainya…
Melakukan persediaan ke arah sebuah perkara yang di luar kawalan kita tu TAK SALAH, tetapi jangan niat cari duit atau ada pendapatan sebab perkara tersebut SEMATA-MATA…
“Aku kena kerja, kena berdikari supaya kalau laki aku buat perangai, aku tidak ada masalah untuk hidup sendiri…”
“Aku kena cari income walaupun duduk di rumah, supaya kalau ditinggalkan suami, aku dah ada harta…”
Kalau niat ke arah kehilangan, satu hari nanti anda pasti akan kehilangannya… Bersedia bagaimana sekali pun anda untuk hari tersebut, bila anda betul-betul mengalaminya, baru anda akan tahu dan sedar yang persediaan anda tu masih TAK CUKUP…
Usah niat ke arah sesuatu yang tak baik, sesuatu yang buruk…
Niatlah yang anda bekerja untuk ada simpanan sendiri… Niatlah yang anda berniaga untuk tolong orang tua anda… Niatlah yang anda ada pendapatan untuk memudahkan urusan mereka yang anda sayang… Niat ke arah yang baik-baik…
Jangan terpedaya dan terpengaruh dengan momokan TAK BERMORAL dan NEGATIF…
Nak kerja, nak niaga, nak ada pendapatan, semua ini TAK SALAH…yang salahnya ialah bila anda buat semua ni sebab anda sedang bersedia untuk sebuah KEHILANGAN…
Sumber:Firdaus Shakirin
MW: Sesungguhnya tak salah wanita memiliki pendapatan dan simpanan wang untuk masa depan. Sekurang-kurangnya apa-apa berlaku kita telah bersedia. Namun jangan pula salah niatnya, kerana mendoakan sesuatu yang tidak baik itu akhirnya akan dimakbulkan Tuhan.