Setiap orang mestilah bercita-cita untuk jadi kaya dan berjaya. Bila semua itu dah tercapai cakap saja nak apa, semunya pasti dipenuhi. Namun, satu yang kena ingat, untuk dapatkan semua itu, kita kena berdoa dan berharap pada Dia Yang Satu.

Namun, berapa ramai yang mampu mengucapkan kesyukuran dengan apa yang dia perolehi sekarang ini. Jangan ingat, kita kaya dan berjaya kerana usaha yang dilakukan. Sebaliknya, apa yang kita dapat hari ini adalah kerana Dia.

Begitu juga dengan mereka yang merasakan masih belum dimakbulkan apa yang diingini. Ketahuilah, Dia tak akan bagi terus kepada kita, jangan putus asa dan sentiasa berdoa dan berusaha.

Perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad diharap mampu memberi manfaat dan panduan kepada kita semua. Sedarlah apa yang kita ada dan lalui di dunia ini atas sebabNya. Ucaplah syukur dan sentiasa meletakkan pengharapan kepadaNya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Walau Tak Kaya, Anak Sihat Dan Suami Bertanggungjawab Juga REZEKI

Dah Kahwin Atau Belum, Tak Perlu Tunggu Kaya Baru Nak Sedekah

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Kaya Dan Berjaya Perlukan Usaha Dan Doa

Kita bangun tidur, kita berdoa, kemudian kita cakap:

“Ya Allah alhamdulillah aku masih bangun pagi ini. Semoga hari ini tiada langsung dosa yang aku lakukan Ya Allah.”

Kita pun mandi, bersihkan diri bagai, solat subuh semua. Dah settle kita pun bersiap nak pergi kerja.

Kita pun cakap “Ya Allah aku dah nak ke tempat kerja, berkati aku, tempat kerja aku dan semua team di situ Ya Allah”

IKLAN

Kita pun masuk kereta. Baca doa naik kenderaan. Istighfar dan cakap “Ya Allah sampaikan aku di tempat aku nak kerja, mudahkan dan perbanyakkan rezeki aku dan keluarga aku Ya Allah.”

Sampai di tempat kerja, kita masih cakap lagi “Alhamdulillah aku dah sampai Ya Allah, lancarkan mulutku untuk aku berbincang, luaskan minda dan hatiku untuk menerima pendapat, kuatkan kudratku untuk aku terus menerus siapkan kerja Ya Allah.”

Tak Perlu Rasa Hebat

Kawan-kawan,
Kita selalu sebut percakapan itu adalah doa. Maka kita kena buat.

Pengharapan kita kepada Allah pada setiap perkara itu sangat-sangat mustahak. Berhenti jadi orang sombong yang rasa diri hebat, rasa diri lebih dari orang lain.

IKLAN

Kalau hari itu kita diuji itu, diuji ini, kita terus cakap “Ya Allah, ujilah aku dengan ujian yang aku boleh terima, boleh hadap, boleh belajar dan boleh perbaiki Ya Allah. Janganlah kau uji diluar kemampuan aku Ya Allah.”

Semua benda gais, semuanya kita bermohon kepada Allah. Kecil besar, semuanya.

Kita nak kaya, kita nak berjaya, mulakanlah hari ini. Letak rasa pergantungan kepada Allah. Apa sahaja, Allah yang tunaikan. Allah yang buat, Allah yang beri keluasan rezeki dan segalanya.

Kita ini hanya alat, hanya hamba yang tak ada kuasa apa-apa. Bermohon, meminta dan mengharaplah kepada Allah, Allah akan beri lebih banyak lagi.
Begitulah.

MW: Jangan putus asa dan sentiasalah bersyukur dengan pemberianNya.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI