Mudah minta nak kahwin lagi tetapi pernah tak kaum lelaki fikir kenapa isteri lebih rela minta dilepaskan?
Bukan tamak tak nak berkongsi kasih tetapi kalau makan hati dalam diam, macam mana nak kaut pahala lebih. Kalau niat awal konon nak elakkan maksiat suami yang curang, tetapi bagaimana tetiba suami melepaskan tanggung jawabnya ke bahu isteri?
Sebenarnya banyak lagi persoalan yang bermain dalam kepala kaum isteri. Lagi dekat, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin
. Ada jawapan tentang hati seorang isteri yang mungkin anda tak pernah tahu.“Awak nak kawin lagi boleh, tapi …”
Lepaskan saya dulu…
Syarat yang diletakkan oleh si isteri jika suami ingin berkahwin lagi. Dia ni nak menentang poligami ke? Dia ingat minta cerai tu tak berdosa ke? Nampak gaya macam dia tak pikir panjang betul.
Realitinya, berat sebenarnya walaupun nak letak syarat macam tu. Bukan senang, berapa lama dia fikir sebelum dia mampu cakap macam tu. Dia dah buat penilaian, dah fikir dalam-dalam, masak-masak bagi dirinya, ini yang terbaik.
Dia bukan menentang poligami, dia cukup faham tentang poligami. Syarat berpoligami adalah mampu, mampu dari segala segi, bukan hanya wang ringgit semata-mata, dan suaminya tak mampu. Dia sedar akan hal itu, dia lebih kenal siapa suaminya..
Dia tahu berdosa minta cerai, cumanya jika diteruskan rumah tangga tu, lebih banyak dosa berbanding pahala. Sebab apa yang dia buat selepas ni dah tak ikhlas dah. Dia sekadar menjalankan tanggungjawabnya sahaja. Tak lebih, tak kurang.
Dia dah fikir sangat panjang, ketidakmampuan suaminya dalam berpoligami akan mendatangkan penganiayaan kepada dirinya dan anak-anak. Dia akan sangat terkesan dari segi mentalnya, batinnya dengan keputusan yang bakal dibuat suami setelah apa yang dia lalui bersama. Jadi, dia tak nak hidup dalam situasi tu, tak nak makan hati yang berpanjangan.
Tak mudah sebenarnya untuk menerima sesuatu tu seperti tahu diri bakal berkongsi setelah dah bagi segalanya, dah buat yang terbaik, dah berkorban jiwa raga semuanya untuk rumahtangga sendiri. Namun jangan terburu-buru untuk buat keputusan. Berbincang, cari kesepakatan, raikan perbezaan dan buat satu keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak.
Bagi saya, sebenarnya dia ingin pergi dan mengorbankan dirinya utk kebaikan suaminya, jika itu yang dapat membahagiakan suaminya, dia redha.