Cita-cita untuk berkahwin awal membuatkan Elyana nekad untuk melamar suaminya dahulu. Malah tak kisah pandangan orang lain dengan istilah ‘perigi cari timba’. Sekaligus ia demi mencapai impian untuk bergelar seorang ibu.
Pelantun lagu popular Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal, 35 mendedahkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.”
“Sebab tu saya yang MELAMAR suami saya..masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin.”ujarnya.
Artikel Menarik:“Saya Akan Terus Berjuang Demi Suami Dan Anak-Anak” – Elyana
12 Tahun Mendirikan Rumah Tangga
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin,47 pada tahun 2010. Usia perkahwinan yang memasuki 12 tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 12 dan seorang anak angkat, Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Ternyata jarak usia 12 tahun bukanlah penghalang dalam mengecap bahagia. Malah sehingga kini Elyana bahagia melayari bahtera bersama suami tercinta yang sentiasa berada di sampingnya.
Sementara itu, Elyana yang juga merupakan seorang pejuang kanser melahirkan rasa syukur apabila dirinya bebas sepenuhnya daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.
Mesti Baca:Berat Badan Elyana Bertambah “Tidak Boleh Gembira Kanser Boleh Datang Semula Bila-Bila Masa”
Baca Lagi Di Sini:Elyana Bebas & Pulih Kanser Limfoma Tahap Empat, 11 Tahun Perjuangan Melawan Kesakitan Berakhir
Mingguan Wanita:Wah tak sangka Elyana yang melamar suami dahulu.Bagi wanita, jika sudah berjumpa jodoh dan pasangan yang serasi, memang tiada salahnya untuk ‘memulakan langkah’ melamar kekasih hati dahulu. Tiada istilah ‘perigi cari timba’ untuk tujuan yang baik. Lambat-lambat nanti melepas! opps.
Sumber: Elyana Official
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Penghidap kanser jangan berputus asa iya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI