Nak Jualan Nasi Lemak ‘Laku Keras’, Kena Cuba 7 Trik Ini !

Share

Nak meniaga kena ada ilmu walaupun hanya jual nasi lemak.Perlu ingat jual makanan ni, bukan sekadar rasa je nak kena sedap tau, tapi ia lebih daripada itu. Kena ada skill & tau trik yang betul, baru lah boleh laku jualannya.

Bagi mak-mak yang meniaga Nasi Lemak atau baru rancang nak mula meniaga, boleh cuba praktikkan 7 cara ini untuk tingkatkan jualan harian.

Berikut merupakan perkongsian oleh Muhammad Zaki Ramli

 sebagai panduan yang boleh dipraktikkan;

7 Cara Untuk Tingkatkan Jualan Nasi Lemak!

1. Sediakan Lauk Yang Berharga Tinggi 
Contoh: Dahulukan ayam goreng daripada telur goreng.

2. Jika guna sistem layan diri, susun lauk berharga tinggi betul-betul di sebelah tong nasi. Biar pelanggan terdorong untuk ambil lauk mahal dahulu sebelum ambil lauk murah.
Contoh: (Menurut turutan): Tong nasi, ayam rendang RM4.00, ayam merah RM4.00, ayam goreng berempah RM3.50, ayam goreng RM3.00, telur merah RM2.00, telur goreng RM1.00.

3. Sediakan pinggan besar.
Pelanggan akan terdorong untuk tambah dua tiga lauk jika pinggan nampak kosong.

4.

Jika guna sistem pesan-baru-bungkus, tukang bungkus perlu ringankan mulut untuk tawarkan lauk kepada pelanggan. Majikan WAJIB ambil tukang bungkus yang ramah.

5. Jangan tanya, “nak tambah lauk TAK?” Memang TAK lah jawapannya. Tapi terus tawarkan, “tambah ayam? Sedap ni. Panas lagi. Sampai tengah hari perut kenyang.”

6. Jangan tanya soalan tak spesifik.
Contoh, “nak lauk apa?” Tapi tanya, “nak lauk ayam ya? Rempah ayam makan dengan nasi lemak, memang meletup rasanya!”

7. Alang-alang dah bungkus nasi lemak berlauk, tawarkan juga air kopi atau teh. Kata pada pelanggan, “sarapan abang mesti lebih lengkap dengan air teh tarik penambah selera. Pasti nasi lemak ni sebungkus pun tak cukup.”

Untung-untung pelanggan tambah air teh tarik dan nasi lemak sebungkus lagi.
Setiap kali kita buat tawaran, itu usaha kita. Pelanggan tak nak terima, tak apa. Kekalkan senyuman manis.

Saya dah turunkan ilmu ini kepada emak saya. Panjangkanlah juga ilmu ini kepada emak-emak kamu ya.

Selamat Mencuba!

Sumber & Foto: Muhammad Zaki Ramli

Published by
Suhaidah Abd Wahab