‘Nak Jimat, Pasang Paip Renjis Air.’ Memang Kurang Panas, Tapi Lama-Lama Bumbung Berkarat

Share

‘Nak jimat, pasang paip renjis air.’ Memang kurang panas, tapi lama-lama bumbung jadi berkarat dan tak pasal-pasal anda perlu keluarkan kos untuk repair bumbung.

Musim panas ini macam-macam cara mak ayah lakukan untuk buatkan rumah sejuk dan keluarga lebih selesa. Bagi yang berkemampuan, mungkin boleh pasang aircond.

Artikel Berkaitan : Ada Sebab Dobi Layan Diri Bagi Sabun Percuma, Jangan Suka-suka Letak

Nak Jimat

Namun bagi yang kurang berkemampuan, mungkin cara memasang paip di atas bumbung untuk merenjis air dikatakan kaedah yang menjimatkan untuk mengurangkan panas atau haba dari bumbung.

Namun sebenarnya langkah ini sebenarnya mendatangkan keburukan. Ikuti perkongsian Lee Wai Wan dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:

Pasang Paip Renjis Air

Hari ini ingin berkongsi berkenaan dengan memasang paip merenjis air di atas metal deck untuk mengurangkan panas dari bumbung.

Jangan buat sebegitu ya kawan-kawan. Hari ini kami pergi ke satu kilang yang meminta kami untuk mengecat cat penebat haba di atas bumbung serta mengatasi masalah karat di atas bumbung.

Memang Kurang Panas

Bila kami naik atas bumbung dan melihat keadaan sambil mengukur saiz bumbung, kami mendapati bahawa bumbung itu berkarat disebabkan dahulu mereka ingin jimat duit dengan memasang renjisan air di atas bumbung untuk menyejukkan bumbung.

Sekarang kena keluarkan duit yang lebih banyak untuk membaiki bumbung itu pula. Kan lebih merugikan.

Baca Di Sini: ‘Krisis Makanan Bukan Main-Main.’ Kemerosotan Gandum Seluruh Dunia, Rakyat Malaysia Perlu Bersedia

Tapi Lama-Lama Bumbung Berkarat

Langkah yang sepatutnya mereka lakukan dahulu adalah memasang kertas aluminium yang lebih berkualiti ataupun mengecat semula bumbung dengan cat penebat haba.

Disertakan gambar kawasan yang berkarat serta bumbung di kilang sebelah untuk dibuat perbandingan.

Mingguan Wanita : Jangan dek kerana ingin berjimat akhirnya membuatkan mak, ayah terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi.

Sumber : Lee Wai Wan via Tukang Apa Hari Ini

Published by
Nur Syazwani Mehat