Kisah benar seorang guru, Mohd Khairy Kamaruddin menjaga anak murid nak jawab exam tetapi pensil dan pemadam pun tak bawa. Ini nak salahkan siapa kalau bukan mak ayah?
Tambah pula anak-anak baru tahun 1, sedih bila situasi seperti ini boleh berlaku. Sudah lah bab kehadiran pun ‘ kelaut’.
Kalau boleh, janganlah perkara ini berulang. Nah, jemput baca perkongsian cikgu ini.
Pagi ni jaga exam Tahun 1…
Sedih betul pagi ini, tak tahu la nak cakap.
Jam 7.45 pagi saya edar kertas kepada murid murid, alangkah terkejutnya hampir separuh kelas murid tak hadir lagi ke sekolah. Semalam pun kes yang sama, saya beranggapan biasalah isnin memang slow la sikit. Tapi kalau hari pun sama kes berulang, ini adalah tabiat.
Tepat jam 8.00 pagi, alhamdulillah semua hadir. Selepas dah checking semua muka surat di kertas soalan dan saya lihat ramai lagi murid masih tak menulis nama dan kelas. Segera saya bertanya, dan jawapannya sungguh menyedihkan.
“Takde pensil cikgu, pemadam pun tak ada.”
Pastu banyak soalan-soalan saya dijawab dengan hanya menggelengkan kepala.
Segera saya berikan duit dan beli alat tulis di kedai buku. Saya tidak mahu meminjam dari murid yang lain kerana nanti mengganggu fokus murid yang lain.
Betul-betul saya terkejut pagi ini, Exam bukan perkara main-main, bukan buat sambil lewa. Ibu bapa jenis apakah ini, anak datang lambat waktu exam? Tak sarapan sebelum exam? Kelam kabut ke kelas terus jawab soalan. Ibu bapa jenis ape ni? Persediaan dan kelengkapan anak nak jawab exam pun tak ready, pensil tak ada? Pemadam tak ada? Kesian anak-anak ini. Malang betul dapat ibu bapa jenis macam ni.
Dan bila saya keluar dan jenguk ke kelas sebelah, perkara yang sama juga berlaku.
Saya dah mengajar segala ceruk, kampung, solok kedaung… waktu exam tak penah macam ni. Daif macam mana pun pensil semua ada. Mereka sangat ambil berat, siap salam cikgu-cikgu ambil berkat katanya. Kat sini? Nak kata kerja besar sangat tak ada pun. Nak kata tokey balak ke tokey besau tak pulak.
Cikgu-cikgu separuh gila buat soalan, soalan pula ade 2 kertas. Kertas 1 & 2.
Kertas 1 ada 10 halaman, 10 halaman tu akan dicetak dan diasingkan mengikut nombor dan distapler. Kelas ada 10. Satu kelas ada 35 murid, dah stapler perlu dikira dan disemak dan diasingkan mengikut kelas. Itu baru kertas 1, belum kertas 2 dan itu baru saya cerita 10 halaman dan belum cerita lagi nak tanda kertas pula. Apatah lagi nak key in pula.
Itulah persedian guru sebelum exam. Korang ni pensil pun tak boleh check ke? Ibu bapa ni memang aku rasa nak hayun je!