Nak Jadi Suri Hebat, 5 Sikap Culas Ini Wajib Dibuang Jauh-Jauh

Share

Isteri yang hebat, di luar  jadi wanita berkerjaya, di rumah juga cekap jalankan tanggungjawab suri. Dua-dua mempunyai tugas yang berbeza. Biarpun penat nak urus dua-dua amanah ini, wanita tak boleh sesuka hati ikut emosi negatif.

Mungkin kita beralasan, itu cara nak lepaskan tension. Tanpa sedar rupanya sikap kita itu suami tak berapa suka. Cuba perhati tanda-tanda di bawah ini dan perbaiki diri.

Rumah Berselerak

Seharian di tempat kerja, sudah tentu balik ke rumah untuk berehat. Kalau rumah berselerak, boleh jadi ‘jiwa kacau’. Tapi, janganlah biarkan rumah tidak berkemas dan bersepah sehingga berminggu-minggu tidak dikemas. Bukan saja kita yang pening, suami pun turut pening. Pinggan mangkuk dalam singki belum di cuci, lantai bilik mandi yang sudah berlumut, belum lagi bilik tidur yang tidak dikemas.

Anak Tidak Terurus

Memang bila ada anak kecil, kemas berjam-jam tetapi kalau nak buat bersepah cuma lima minit dah berselerak semula. Walaupun anak aktif dan saling ‘berperang’ sesama mereka tetapi janganlah biarkan anak-anak nampak comot dengan pakaian yang lusuh, dah tak ada coraknya dan lebih teruk pakaian senteng yang boleh dipakai oleh adiknya. Ada juga mak-mak yang biarkan anak comot dengan hidung berair tidak dibersihkan.

HP Kat Tangan Sambil Tengok TV

Tak salah untuk mak-mak rehatkan badan tapi kena tengoklah keadaannya. 24 jam depan televisyen dan tangan main hp sedangkan rumah berselerak, baju kotor bertimbun dan anak-anak dibiarkan bermain tanpa tentu arah.

Suami Tak Terjaga

Bila berkahwin, tentu yang cepat orang sekeliling perhatikan adalah penampilan suami. Kalau isteri cerewet tentang gaya suami, beruntunglah. Sebab sudah tentu suami mahukan isteri yang boleh jaga penampilannya. Tapi janganlah cerewet sampai semua ditetapkan oleh isteri.

Bila Suami Mula Berkata-kata

Bab ini memang suami dah tak boleh tahan dengan cara kita. Tahap kesabaran sudah hilang. Jangan sampai suami berbunyi tentang rumah berselerak, ‘awak ni malaslah’ dan sebagainya.

Ini bukan peringatan untuk isteri yang bekerja tetapi isteri yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa pun belum tentu seorang yang rajin. Jadi, berfikirlah secara telus kerana rumah tangga adalah tanggungjawab bersama. Jadilah isteri yang rajin!

Published by
webadmin