Kecantikan

Nak Hilangkan Sakit Kepala Dalam Masa 5 Minit Tanpa Perlu Ambil Ubat,Ikut Cara Ini

Share

Pelbagai sebab boleh menjadi punca sakit kepala.Nak hilangkannya dalam masa 5 minit rasamacam mustahil.Bila kepala berdenyut-denyut, mula lah kita terfikir untuk ambil ubat untuk meredakannya. Tak elok sebenarnya bila terlalu bergantung pada ubat-ubatan, pasti ia boleh beri kesan jangka panjang nanti.

Terdapat cara saintifik yang dapat meredakan sakit kepala yang dipanggil akutekanan (acupressure).

Teknik ini dipercayai berkesan dalam menghilangkan sakit kepala dengan cepat.Ia juga dapat mengelakkan kebergantungan pada ubat-ubatan seperti pil penahan sakit dan sebagainya.

Akutekanan ialah sejenis urutan terapi didalam kaedah rawatan perubatan cina yang telah wujud lebih 5,000 tahun dan keberkesanannya disahkan oleh beberapa kajian saintifik.

Akutekanan ini juga secara semula jadi, adalah satu bentuk akupuntur dan refleksoterapi, tetapi ia tidak memerlukan pengetahuan perubatan yang khusus.Kaedah yang digunakan ialah dengan urutan dan titik tekanan tertentu menggunakan jari jemari.

Cara Mengurut Titik Akutekanan (Acupressure):

Pertama, anda perlu berada dalam posisi yang selesa dan dalam keadaan tenang. Urutan ini tidak mengambil masa yang lama: antara 30 saat hingga satu minit secara purata.

Urut satu titik dengan tekanan yang lembut atau dalam pergerakan membulat. Kebiasaannya, sakit kepala akan hilang ketika urutan atau 5-10 minit selepas urutan.

Terdapat 6 Titik Utama Untuk Menghilangkan Sakit Kepala

1.Titik mata ketiga, atau Yintang, berada di antara kening yang mana laluan hidung melintasi dahi. Titik ini juga bertanggungjawab untuk menghilangkan mata letih.

2.Titik simetri ini terletak di kawasan dalam kening. Dengan mengurut bahagian ini, ia juga dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 1 minit dengan menekankan atau pergerakan secara membulat.

3.Titik ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung yang selari dengan mata. Untuk mencari titik ini, rasakan lekuk di bawah tulang pipi. Ia dapat membantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala dan sakit gigi, dan melegakan tekanan.

4.Titik ini terletak di belakang kepala di bahagian tengah, antara telinga dan permulaan tulang belakang. Dengan mengurut titik ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk, dan migrain.

5.Titik Shuai Gu terletak 2-3cm daripada permulaan garisan rambut. Rasakan lekuk kecil di titik ini. Tekanan diletakkan di bahagian ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan mata yang letih.

6.Titik simetri ini terletak di belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Tekanan yang diberikan pada bahagian ini melegakan sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher.

Selamat Mencuba!

Published by
Suhaidah Abd Wahab