Sesungguhnya nak hidup tenang, kita kena jaga sungguh hati mak,ayah kerana mereka kunci segala keberkatan. Tak guna ada ilmu yang tinggi jika tidak mendapat berkat daripada mak dan ayah sendiri.
Betapa pentingnya berkat mak ayah, oleh itu hormatilah mereka dan letakkan mereka di tempat yang paling utama dalam segala hal. Insyallah hidup kalian akan lebih bahagia dan berjaya.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar dan hadam betapa pentingnya berkat seorang “mak” dalam kehidupan seorang anak:
Hidup ini, selain hal logik yang kita tumpu, hal keberkatan pun perlu ambil perhatian.
Iya, keberkatan.
Aku ada kenal seorang peniaga ini. Daripada kecil memang sudah biasa berniaga. Sebab dia tolong mak dia berjual daripada kecil. Mak dia ada kedai makan.
Sampai besar dia tolong mak dia dekat kedai. Masa dia sekolah, balik sekolah terus pergi kedai. Lepas habis belajar pun, dia masih kerja dekat kedai mak dia. Selama bertahun itulah dia belajar berniaga juga.
Nak jadi cerita, satu hari dia bergaduh dengan mak dia. Apa yang dia terasa hati sampai jadi gaduh besar aku tak tahu.
Baca Juga Di sini:
MULIAKAN Mak Ayah. Itulah Kunci SYURGA Dan REZEKI Dunia Penuh Keberkatan
Nafkah Bulanan WAJIB Beri Isteri. JANGAN BUAT TAK TAHU, Ada Keberkatan Walaupun Sedikit
Orang Yang TAK Ambil Berat Soal ADIK-BERADIK, Hidupnya TIADA Keberkatan
Lepas daripada itu dia tak kerja dekat kedai mak dia. Dia buat apa? Dia buka kedai makan dia sendiri. Dengan pengalaman lama dia kerja dan dia sendiri banyak menguruskan kedai mak dia, dia rasa dia boleh buat.
Takdir Tuhan, tak menjadi kedai dia. Nampak macam boleh pergi, tapi tersekat. Sedangkan dia punya kebolehan dan kemahiran.
Bertahun juga dia dalam keadaan macam tu. Jadi serba tak kena.
Nak cari penyelesaikan urusan bisnes, dia pergi masuk kelas kelas perniagaan. Syukur ada satu kelas yang dia pergi, ada disebut tentang keberkatan mak ayah dalam setiap inci urusan hidup kita.
“Kalau ada antara kita yang buat salah dengan mak ayah, pergi minta maaf dulu. Ada yang kita terambil, minta halal dulu,” pesan guru kelas perniagaan yang dia pergi itu.
Dia pergi nak belajar selok belok berniaga, tapi itu yang dia dapat. Ilmu keberkatan.
Dia terus balik, cari mak dia dan minta maaf. Melutut. Menangis sudah mengaku silap dia bertahun sebelum ini.
Mana-mana mak pun sama, tak akan sanggup tengok anak sendiri susah. Tapi jauh sudut hati nak anak itu kalau tak banyak pun mesti ada sikit zahirkan rasa cinta dan hormat buat mereka.
Syukur, lepas daripada itu, perniagaan kedai makan dia Tuhan beri kejayaan yang sangat hebat. Nak kata hebat sangat tu tak lah, tapi sebulan kedai makan boleh buat jualan ratusan ribu ringgit setiap bulan.
Kisah ni kisah benar, kalau aku sebut nama ramai yang kenal. Tapi tak apa, sebab melibatkan kisah bergaduh dengan mak sendiri, aku tak sebutlah.
Namun itulah faktor berkat. Kadang hidup tidak semata-mata soal logik dan kemahiran akal.
Terutama hal dengan mak ayah. Mereka kunci keberkatan kita di dunia ini. Santunilah mak ayah kita. Insya-Allah kita akan hidup dengan keberkatan.
Nak menang dan tenang dalam hidup, jaga sungguh hati mak ayah kita.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Memburu berkat.
MW: Jangan terlalu mendabik dada bila ilmu penuh di dada, ilmu yang luas tidak menentukan kejayaan seseorang sebaliknya dapatkan dahulu keberkatan mak dan ayah. Insyallah kejayaan akan datang berganda.
Sumber: Ustaz Firdaus Mokhtar
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial