“Nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika Cina, mula dari umur 5 tahun” begitulah luahan dari saudara Danial Arif menerusi coretan di akaun Facebooknya.
Mak ayah yang mempunyai anak yang bakal melangkah ke alam persekolahan dan terfikir untuk memilik sekolah jenis kebangsaan Cina sebenarnya perlu membuat penyelidikan.
Perkara ini penting untuk ibu bapa membuat penyelidikan mengenai sekolah jenis ini kerana dikhuatiri tidak akan disukai oleh anak-anak.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Nak Hantar Anak Masuk Ke SJKC, Sila Ke Tadika Cina, Mula Dari Umur 5 Tahun”‘
Disini saudara Danial Arif ada berkongsi beberapa tip untuk menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina. Buat anda yang berminat, diharapkan perkongsian ini dapat membantu.
“Saya sekolah SJKC (cina) dari Darjah 1 -6…. sebenarnya mula dari 5 tahun lagi, saya belajar dekat tadika cina.
Ini cerita pengalaman sebenar saya, apa kesusahan dan cabaran yang saya lalui masa belajar.
Saya kongsi ni,tujuannya hanya nak kongsi pengalaman. Kalau anda ada anak yang sedang belajar di SJKC, post ini untuk anda.
Kalau anda bercadang nak hantar anak belajar di SJKC, post ini juga untuk anda.
- Sekolah cina ni susah. Sebab bahasa cina tu sendiri susah. Tapi, saya berjaya kuasai bahasa cina (percakapan) sebelum masuk darjah 1.
- Saya sendiri tengok ada anak-anak melayu yang tertinggal dalam pelajaran masa di SJKC. Punca? Sebab tak dapat kuasai mandarin.
- Kenapa tak dapat memahami bahasa ini? Sebab takde “FOUNDATION”, mereka tak mula dari tadika. Tadika melayu, tapi darjah 1 tiba-tiba masuk SJKC.
- Kalau nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika cina, mula dari umur 5 tahun.
- Selain percakapan, cabaran kedua adalah membaca. Tulisan cina ni adalah rumit. Sebab bahasa ni takde sistem abjad “ABCD”.
- Bahasa cina guna sistem tulis simbol. Setiap perkataan ada “simbol” teresndiri. 们 (pintu) 人 (orang) 头(kepala).
- Dalam bahasa cina ada 50,000 perkataan. Anak anda perlu ingat 2000-3000 perkataan kalau nak dapat baca dengan lancar.
- Result UPSR saya dapat C untuk subjek Bahsa Cina (Pemahaman). Sampai hari ni saya tak pandai baca sangat. Tapi, boleh bercakap dengan lancar.
- Tak pandai baca ni masalah besar sebenarnya. Sebab semua subjek lain (matematik & sains) buku teks dan kertas ujian ditulis dalam bahasa cina.
- Mudah cerita, pandai macam mana pun sains dan math, tapi tak pandai baca, memang boleh ke laut la.
- Sekolah cina ni kerja sekolah dia bertimbun. Pengalaman saya, saya pernah tidur pukul 12 malam untuk siapkan kerja sekolah.
- Bayangkan struggle kerja sekolah banyak, lepas tu banyak perkataan yang saya tak pandai baca?
- Sesi pembelajaran sekolah cina ni biasanya 3 sesi. Maksudnya akan ada 2 kali rehat, balik jam 2.30 macam tu.
- Maksudnya? Anda kena ada inisiatif untuk ajar anak anda bab agama. Kalau nak expect, petang-petang boleh pergi sekolah agama, susah sikit.
Ringkasan?
Kalau plan nak anak masuk SJKC, kena mula dengan masuk tadika cina seawal 5 tahun.
Kalau dah terskip tadika cina & sekarang ni dah masuk SJKC?
Cuba confront anak anda, tanya dia jujur, dia ada masalah nak faham masa belajar tak?
Kalau dia cakap ya… keputusan terbaik adalah, keluar dari SJKC dan masuk ke SK.
Pengalaman keluarga saya, adik saya pun tak habis, belajar di SJKC sampai darjah 4.
Darjah 5-6 dah masuk SK, ayah saya terpaksa keluarkan dari SJKC, sebab adik saya tertinggal kebelakang dalam pelajaran.
Kalau anak anda sedang belajr di SJKC dan selalu mengadu tak seronok dan susah… percayalah, the truggle IS REAL!” tulis Danial Arif.
“Takut Juga Anak-Anak tak Mampu Beri Perhatian Pada Pelajaran Kerana Diri Sendiri Tiada Asas Bahasa Cina” Komen Warganet
Meneruso ruangan komen pelbagai pendapat dilontarkan oleh warganet.
Mingguan Wanita : Diharap tip ini dapat membantu sedikit sebanyak terutama kepada ibu-bapa yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Danial Arif
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI