Nak DEKORASI Kek, Kena Tahu Jenis Resipi ‘Topping’, Aising & Cara Buatnya!

Share

Kalau beli kek, masalah yang sering mak-mak alami adalah dekorasi kek yang menggunakan pelbagai jenis aising. Ada sesetengahnya rasa ‘tidak kena’ dengan tekak kita. Terus terbantut, sedangkan kek dalamnya dah hebat.

Begitu juga untuk mak-mak yang baru nak belajar, bolehlah cuba buat pelbagai jenis aising di rumah. Sebabnya tak semua jenis aising ini sesuai dengan dekorasi kek yang kita buat.

Perkongsian ini untuk mak-mak yang baru nak belajar resipi nak buat pelbagai jenis aising untuk dekorasi kek.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Biskut M&M ‘Terpaling’ Senang, Setengah Jam Siap, Boleh Buat Biskut Raya Lagi!

Hanya 3 Bahan, 24K Share Resipi Mudah, Sedap Guna Biskut Marie Ini!

Info Lebih Menarik DI SINI

Dekorasi Kek, Resipi Aising

Dikongsikan resipi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resipi ini..

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE

Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.

Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.

Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras.

Jangan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.
Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut.
Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan.

Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

ROYAL ICING

Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam ia akan jadi keras.Oleh itu ia tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.

Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon

Cara-caranya:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.

Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.

Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan.

Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki

Cara mewarnakan:
Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

BUTTER CREAM


(1) Bahan-bahannya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
2. Adunan ini siap sedia untuk digunakan.
3. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

BUTTER CREAM

Bahan-bahannya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup

Cara membuat syrup:
1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)

Campurkan gula, cair dan lemon dan masakkan hingga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.

Cara membuat Butter Cream:
Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.

CREAM CHEESE ICING


Bahan-bahannya:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.

CHOCOLATE PIPING


Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

Bahan-bahannya:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil

Cara-caranya:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.

Mingguan Wanita : Selamat mencuba. Nanti bolehlah sesuaikan dengan kek yang mak-mak buat. Barulah cantik dan sedap.

Sumber: Resipi Panas

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora