cuti sekolah

Minggu depan anak-anak dah mula cuti sekolah! Haaa… mesti ada yang gigih mencari tempat yang sesuai untuk bawa anak berjalan. Ibu ayah, rancanglah aktiviti anak-anak dengan bijak. Banyak pengisian yang bermanfaat di musim cuti sekolah boleh diberikan kepada anak-anak. Banyak kem-kem motivasi yang boleh dihadiri.

Ada juga kelas intensif belajar Al-Quran. Ada juga kelas-kelas tahfiz Al-Quran. Hantarlah mereka untuk mendalami ilmu tersebut.

Tetapi kalau ada bajet lebih boleh bawa ke lima tempat ini…

1. Kidzania Damansara

Bawalah anak ke sini sebabnya kidzania mendedahkan anak-anak dengan suasana kerja yang sebenar. Di sini nanti anak-anak akan membuat dan diberi tugasan mirip kerja sebenar. Jadi anak akan jadi biasa dengan pekerjaan yang diorang akan buat.

Kerja anak kat dalam tu siap ada gaji. Anak akan dapat duit khas Kidzania bila diorang dah buat task untuk kerja yang dipilih. Duit ni boleh ditukarkan dengan barang kat kedai khas dalam tu. Duit ni kalau tak habis belanja boleh disimpan dalam bank khas Kidzania. Next time kalau datang lagi boleh withdraw dan ambik duit tu untuk campurkan dengan duit terkini.

2. Genting Strawberry Leisure Park Genting

Antara tarikan pengunjung ke Genting Highland. Best juga pergi petik strawberry kat sini. Fefeeling duduk luar negara!

Ads

3. Farm in the City

Tempat ini sesuai untuk anak kecil dan sesuai yang pra sekolah atau anak yang baru nak kenal binatang. Tempat tak besar macam zoo negara, jadi tidaklah penat nak berjalan.

Lagi best, binatang dia jinak-jinak. Boleh bawa selfie sekali. Ada banyak kura-kura kat situ dan pengunjung bebas untuk memberi makan daun yang disediakan.

Tapi awas..! Jangan biarkan anak kecil bagi makan kura-kura gergasi ni sendirian. Risau berlaku perkara yang tak diingini, sila pantau!

4. Sunway Lagoon

Banyak benda boleh layan kat sini. Ada permainan adventure, ada permainan air siap dengan tempat luncur air, ada juga mini zoo kat sini.

Ads

5. Sekinchan

Tak ramai yang tahu Sekinchan ini menarik untuk dilawati. Mana nak cari tempat berdekatan dengan KL ni yang ada pantai dan sawah padi. Kombinasi ini memang menjadikan Sekinchan sebagai tarikan utama.

Makan seafood murah kat sini. Nak tengok sawah padi yang menghijau luas pun boleh. Wishing Tree dan melihat kunang-kunang di waktu malam juga jadi point menarik untuk ke sini.

6. District 21

Taman rekreasi ini terletak di dalam IOI City Mall, Putrajaya.

Playground ala Fear Factor yang bukan saja menarik buat anak-anak tetapi juga remaja, ibu bapa, atau sesiapa saja yang sukakan aktiviti lasak.

Ads

Antara halangan yang terdapat dalam District 21 termasuklah Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride and Roller Glider.

Kalau ada anak kecil, jangan risau kerana tetap ada kawasan khusus yang disediakan untuk anak kecil. Jadi, sementara menunggu abang dan kakak bermain di bahagian yang lebih mencabar, anda boleh bawa anak yang lebih kecil bermain di mini playground atau caraousel yang terdapat di sekitar kawasan.

Pilihan bajet tapi bagus untuk anak-anak…

Atau paling kurang bawalah mereka ke perpustakaan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Galakkan mereka meminjam buku di perpustakaan untuk dibaca diantara kunjungan ke perpustakaan seminggu sekali itu. Galakkan mereka habiskan pembacaan sebelum lawatan yang seterusnya.

Sediakan buku log untuk catitkan buku-buku yang telah dibaca, beserta penulis, tarikh mula dan habis baca dan sedikit sinopsis. Jadikan ini sebagai pertandingan diantara adik beradik. Nanti diakhir cuti sekolah, bagilah sedikit hadiah untuk menyukakan hati mereka.

Apa-apa pun rancanglah cuti anda dan cuti sekolah anak-anak anda dengan bijak!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI