Nak cantik bukan ukurannya hanya pada rupa tapi banyak sudut. Paling penting jangan terlepas pandang kalau benar nak cantik luar dan dalam, bukan hanya anak dara boleh amalkan petua ini malah mak-mak anak dara pun patut mulakan seawal subuh. Untuk semak apakah aturan langkah cantik secara semula jadi, jom tiru apa yang diamalkan Puan Mira Baharin ini…
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur. Sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika. Dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.
3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka. Tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x. Hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah. Bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi. Ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf. Kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam. InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya’. Amalkan baca
Al-Fatihah 1 x. Ayatul Qursi 1 x. Dan surah
Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x. Ditiupkan pada segelas air dan niatkan.
“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.
7. Jangan makan bersulam air. Sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan. Dan 30 minit selepas makan.
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.
9. Perbanyakkan Selawat Nabi. Sentiasa sedekah senyuman dan perbanyakkan solat Tahajud.
Amalkan hari-hari.
Insyallah kelihatan #Cantik.
Cantik bagaimana?
Cantik #Hati.
Cantik #Jiwa.
Cantik #Roh.
Cantik #Wajah.
Cantik #Perasaan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI