Nak Buat Persiapan Kahwin? Ekspo Ijab Qabul 2023 Destinasi Wajib Untuk Bakal Mempelai

Share

Setiap kali menyebut tentang persiapan perkahwinan, pasti ia menuntut masa dan perbelanjaan yang besar. Ekspo Ijab Qabul 2023 yang telah berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam September lalu kini berkesinambungan di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur.

Bermula hari ini hingga 5 November, ekspo diasas dan diterajui pasangan adik beradik lelaki, Shamsul Azhar Amir Hashim dan Khairul Anwar Amir Hashim ini terus menawarkan tawaran istimewa buat bakal pasangan raja sehari.

Acara berdaftar di bawah syarikat Nightbloom Events ini menghimpunkan lebih 44 tapak vendor kerja kahwin selain menjanjikan hadiah mega dan cabutan bertuah untuk dimenangi buat bakal pengunjung.

Malah menurut Shamsul Azhar, seiring dengan tagline penganjuran acara iaitu ‘Ekspo Kahwin Paling Best” dan “All Your Wedding Needs, Under One Roof”, acara itu turut menawarkan potongan harga jualan akhir tahun hingga 70 peratus.

Nak Buat Persiapan Kahwin?

“2023 sudah bakal melabuhkan tirai. Namun, kami tidak mahu membiarkan pengakhiran itu berlalu begitu sahaja. Justeru, tawaran jualan harga sehingga 70 peratus itu semestinya tidak boleh dilepaskan. Ini kira edisi terakhir Ekspo Ijab Qabul sebelum 2024 bertandang.

“Kemasukan dan parkir juga adalah percuma. Kami juga turut berbangga kerana acara ini mendapat kerjasama dan sokongan D’Intan Wedding Planner, Khulafa Studio, JV Craft & Gifts dan, Ceres Gold.

“Tak ketinggalan ‘caterer’ Kumpulan Enak Rasa da Mursyid Alharamain travel. Tentunya duta dan wajah acara ini, pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkufli turut memeriahkan suasana. Cabutan bertuah setiap hari sepanjang acara berlangsung juga boleh dimenangi,” kata Shamsul Azhar.

Sementara itu, Khairul Anwar pula berkata acara berkenaan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Kami tak sabar untuk mengisi lebih banyak lagi input menarik pada tahun hadapan. Tapi kami juga mahu 2023 menjadi memori dan kenangan terindah buat bakal pasangan mempelai.

“Tak perlu fikir panjang lagi, jom serbu Wangsa Walk. Nak cari lokasi dewan kahwin, dekorasi pelamin, busana pengantin dan perancang perkahwinan inilah destinasi yang harus ditujui.

Ekspo Ijab Qabul 2023 Destinasi Wajib Untuk Bakal Mempelai

“Umpama pusat sehenti berguna, acara ini juga menawarkan pilihan katering, kek kahwin, kad kahwin, doorgift, hantaran, gubahan bunga, foto, video kahwin, pakej bulan madu dan macam-macam lagi,” kata Khairul Anwar.

Untuk rekod, tahun ini merupakan edisi ketiga ekspo ini dijalankan. Ryan Deedat dan personaliti TV, Syamira Nazir turut sekali bertindak sebagai hos utama acara berkenaan.

Nightbloom Events ditubuhkan pada Oktober 2022 dan beribu pejabat di Setia Alam, Selangor.

Published by
Rosmah Idayu