Kudap-kudap paling laris setiap kali raya, banana crispy yang dibuat daripada pisang tanduk terpilih. Haaa… lagi menarik, kali ini Puan Sutera Ayu akan bongkar macam mana nak hilangkan pahit ditekak kalau buat kerepek pisang tanduk.
Nah, jemput godek petua pilih pisang…
Raya dah nak tiba. Hari ini saya kongsikan resepi banana crispy, sesiapa nak buat sempat lagi. Boleh buat makan kudap-kudap masa raya.
Cara-cara semua ada dalam video dan gambar.
Pisang tanduk pilihan (pisang fresh)
Air garam
Minyak masak untuk menggoreng
Disini saya tidak ada menggunakan bahan pewarna atau serbuk kunyit.
Saya hanya masukkan air garam sahaja, kalau kita bubuh kunyit maka rasa original pisang akan hilang. Kita akan rasa tekak pahit bila bubuh kunyit.
Boleh guna pisang fresh dari ladang atau beli kat kedai.
Warna kulit hijau kekuningan, kalau ada bintik-bintik hitam tuh tanda pisang yang dah betul-betul tua. Maknanya isi pisang akan berwarna sedikit oren. Jadi kalau goreng kerepek ada rasa lemak-lemak manis.
Basuh pisang sebelum kita kopek, basuh kulit dia sampai bersih.
Dah bersih baru kita kopek pisang guna pisau.
Lepas kopek, pisang kita masukkan dalam plastik, dah susun rapi dalam plastik kita masukkan dalam peti ais. Saya buat macam ni supaya pisang tetap fresh.
Dan getah pisang akan hilang, ketahanan pisang dalam peti ais ni boleh tahan 2 /3 malam.
Sebab kalau pisang yang betul-betul tua, kita letak kat luar dia akan cepat lembut. So kalau pisang dah lembut semestinya tak boleh kita buat kerepek. Tapi kalau kita kopek awal-awal dan simpan dalam peti ais, pisang tidak akan lembut dan tetap fresh.