Kudap-kudap paling laris setiap kali raya, banana crispy yang dibuat daripada pisang tanduk terpilih. Haaa… lagi menarik, kali ini Puan Sutera Ayu akan bongkar macam mana nak hilangkan pahit ditekak kalau buat kerepek pisang tanduk.
Nah, jemput godek petua pilih pisang…
Raya dah nak tiba. Hari ini saya kongsikan resepi banana crispy, sesiapa nak buat sempat lagi. Boleh buat makan kudap-kudap masa raya.
Cara-cara semua ada dalam video dan gambar.
Bahan-bahan:
Pisang tanduk pilihan (pisang fresh)
Air garam
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
Disini saya tidak ada menggunakan bahan pewarna atau serbuk kunyit.
Saya hanya masukkan air garam sahaja, kalau kita bubuh kunyit maka rasa original pisang akan hilang. Kita akan rasa tekak pahit bila bubuh kunyit.
Ads
Boleh guna pisang fresh dari ladang atau beli kat kedai.
Tip Pilih Pisang Tanduk Yang Betul-betul Tua
Warna kulit hijau kekuningan, kalau ada bintik-bintik hitam tuh tanda pisang yang dah betul-betul tua. Maknanya isi pisang akan berwarna sedikit oren. Jadi kalau goreng kerepek ada rasa lemak-lemak manis.
Ads
Tip Supaya Pisang Tetap Segar
Basuh pisang sebelum kita kopek, basuh kulit dia sampai bersih.
Dah bersih baru kita kopek pisang guna pisau.
Lepas kopek, pisang kita masukkan dalam plastik, dah susun rapi dalam plastik kita masukkan dalam peti ais. Saya buat macam ni supaya pisang tetap fresh.
Dan getah pisang akan hilang, ketahanan pisang dalam peti ais ni boleh tahan 2 /3 malam.
Sebab kalau pisang yang betul-betul tua, kita letak kat luar dia akan cepat lembut. So kalau pisang dah lembut semestinya tak boleh kita buat kerepek. Tapi kalau kita kopek awal-awal dan simpan dalam peti ais, pisang tidak akan lembut dan tetap fresh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Parsley sejenis pokok herba yang daunnya digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ada khasiat lain yang boleh diperoleh dari daun parsley ini iaitu untuk membersih buah pinggang. Air rebusan parsley ini pencuci semulajadi yang selamat.
Ini perkongsian dari Herba Rahimas Aqila di Grup Herba Sekeliling Kita mengenai kelebihan daun parsley jika diamalkan dalam kehidupan.
Cara Membuat
1. Beli daun parsli
2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.
Panduan Minum
√ Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini .
√ Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
√ Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
√ Daun parsley sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi.
InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah.
Baca Doa Ini
Ini doa nya boleh baca dan hembus dalam air dan terus minum.
Tak juga salah sekiranya anda sekadar mahu membaca selawat syifa atau selawat nabi mahupun surah Al-Fatihah.
Cara Simpan Parsley Yang Berlebihan
Sekiranya anda cuma merebus parsley ikut jumlah yang dimahukan dan ada lebihan, jangan pula membuangnya. Anda boleh praktikkan cara menyimpan parsley yang diajarkan di bawah.
Buang akar daun parsley.
Pastikan semasa anda mahu menyimpannya, daun parsley telah kering dan tiada air melekat padanya.
Siapkan balang kaca kosong dan isi air.. separuh saja. Masukkan batang daun parsley tadi ke dalam balang.
Sekiranya mahu disimpan dalam peti sejuk, tutup herba tadi dengan beg plastik.
Cara ini boleh buatkan daun parsley akan segar dan bertahan untuk 2 minggu.
Sumber/Foto: Facebook Herba Rahimas Aqila , www.simplyrecipes.com – Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bersalin dalam kereta. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan seorang ibu melalui saat-saat genting bersalin dalam kereta tanpa ada doktor atau jururawat di sisi. Hanya ditemani oleh suami yang berusaha cepat mungkin untuk sampai ke hospital.
Namun, semuanya telah tertulis dengan bersalin dalam kereta. Inilah dilalui oleh isteri Mohd Safiq, ditambah pula jalan terlalu sesak hingga melambatkan dia dan isteri sampai ke hospital.
Selain kenangan yang tak dapat dilupakan dengan bersalin dalam kereta, si suami juga bersyukur anak dan isteri selamat dan paling penting hajat suami tecapai untuk sambut kelahiran anak keempat kerana sebelum ini dia tidak dapat bersama isterinya dalam bilik bersalin.
Bersalin Dalam Kereta, Tercapai Hajat Suami Sambut Anak
Kejadian berlaku malam 24 Apr 23 (Raya ketiga). Jarak dari rumah (Kg Batu, Rembau) ke Hospital Rembau dalam 8 km sahaja. Isteri mula sakit-sakit dan dapat ‘seruan’ nak beranak dalam pukul 9.40 malam dan kami bergerak jam 9.45pm.
Keluar saja ke jalan utama, jalan jem. Yela. Ramai habis cuti raya. Tol pun free masa tu. Ramai ambil peluang untuk balik ke ibu kota. Pasang lampu hazard, tak ada siapa dah nak layan. Bini dah siap ambil kedudukan menonggeng dalam kereta sebab dah nak bersalin. Mana kereta aku boleh lalu masa tu aku main lalu je. Dah semua tak nak bagi laluan. Tangan aku puas melambai. Macam-macam tanda isyarat aku buat.
Pukul 10.00 pm aku dah dengar air ketuban bini aku pecah. Aku masa tu, Ya Allah. Kereta aku mesti basah ni. Haha. Mentaliti lelaki derrr. Sape tak syg kete (bini pun kena syg. Haha). Aku suruh tahan kejap. Dia dok meneran. Lost command aku masa ni.
Pukul 10.05 pm bini aku bgtau baby dah keluar. Aikkk. Tak ada bunyi baby menangis pun. Aku berangapan bini aku pun panikla masa tu. Dia bgtau lagi baby dah keluar.
Jarak ke hospital masa tu kurang 1 km. Bini aku bgtau lagi baby dah keluar. Aku pun raba kerusi sebab dia pakai kain masa tu. Aku rasa ada benda. Aku selak, Ya Allah. Kepala budak. Anak aku dah ada atas kerusi. Auto melalak bila nampak cahaya (yela, dalam perut gelap)
.
Masa tu aku terus masuk laluan bertentangan sambil bagi lampu tinggi sebab takde sape bagi laluan untuk aku masa tu.
Hospital Rembau Cekap Uruskan Isteri
Sampai Hospital Rembau terus pak guard yg ada masa tu tanya kenapa? Bini saya dah beranak dlm kereta ni bang. Terus mereka panggil sana sini guna walkie talkie diorg. Great job kakitangan KKM Hospital Rembau masa ni.
Diorang settle dulu baby. Potong tali pusat. Baby dah masuk dalam baru diorg settlekan bini aku. Owh ye. Sepatutnya tarikh due 8 Mei 23. Jadi sebab tu perkara ni tidak dirancang.
ALLAH MAKBULKAN HAJAT AKU UNTUK SAMBUT ANAK KEEMPAT
Anak pertama (Nur Khalilah Arissa) aku tak dapat sambut sbb baby tak nak keluar cara biasa. Hampir kena operate. Last minit vacuum. Tapi masa tu aku dah diasingkan dan bini dah masuk bilik OT.
Anak kedua (Nur Khalilah Amani) lahir masa aku dalam flight ke Filipina kerana tugas untuk negara.
Anak ketiga (Muhammad Khalis Shauqi) lahir aku berada di Sri Aman, Sarawak. Sri Aman nak ke Kuching pun masa tu ambil masa 3 jam. Kuching je ada airport terdekat selain Sibu dan Pan Borneo teruk lagi masa tu.
Anak ke-4 alhamdulillah. Aku ada dan boleh kata aku sambutla kan? Aku soh bini tahan, dia pergi teran. Berlaku komunikasi kat situ. So boleh dikira bidan, kan?
Aku pakai Mitsubishi Triton sbb beli masa kat Sri Aman lagi. Jalan sana teruk. Sekarang dah ok sbb Pan Borneo dah buka secara berfasa. Sekarang ni ramai panggil anak aku tu Mat Triton. Sibuk nak keluar beraya sekali tahun ni. Sudahnya semua tak dapat keluar kutip duit raya .
Masalah pertama sekarang kereta aku berbau sbb kerusi dah serap air ketuban + darah .
Masalah kedua ramai panggil anak aku Mat Triton. Ada gak nama jadi Muhammad Triton Syawal jap lagi. Tolong bagi idea nama anak yg sesuai.
Pengajaran: Kaum hawa, bila suami ajak pergi hospital, pergi jela. Jangan dok tahan-tahan. Berat bahu memikul, berat lagi mata memandang (eh).
.
Mingguan Wanita : Rezeki dapat bersalin dengan mudah. Tak kisahlah bersalin dalam kereta pun, asalkan keduanya selamat. Tahniah buat pasangan ini.
Nasi khaomok Thailand ini nama lain dia, Khao Mok Gai iaitu nasi briyani ayam. Dipanggil juga nasi komok Thailand. Nak membuatnya ada rempah khas yang boleh didapati di negara itu.
Norrihan Ars berkongsi cara membuat nasi khaomok untuk 3 orang makan menggunakan rempah yang mudah didapati. Tak perlu sampai nak ke Siam sana.
Waktu memasak guna beras basmathi itu pun ada cara betulnya. Jadi, nasi akan menjadi cantik dan tak patah.
“Nasi khaomok 3 orang makan. Tak guna rempah khaomok. Mudah dan sedap. Jom buat. Resepi bergambar step by step untuk rujukan sahabat muka buku. Moga bermanafaat”
Resepi Nasi Khaomok Thailand Tak Guna Rempah
Bahan-bahan
Beras basmathi 1 cawan – rendam 30 minit.
Air -13/4 cawan
3 sekawan
Serai
2 sudu besar minyak sapi
Daun pandan
1 kiub ayam
Daun ketumbar
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar kunyit
Halia, bawang merah, bawang putih – ditumbuk
Guna beras biasa pun boleh. Tapi jangan rendam. Basuh macam biasa dan sukatan air pun adjust macam masak nasi biasa.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...