Nak Berniaga Bazar Ramadan Sekitar KL, Permohonan Permit Kini Dibuka!

Share

Bulan Ramadan bulan seribu rahmat dan rezeki.Ramai yang merebut peluang melipatgandakan amalan dan pendapatan pada bulan puasa ini. Bagi yang berhasrat nak berniaga makanan mahupun minuman pada bulan Ramadan nanti di sekitar Kuala Lumpur, boleh memohon Permit Sementara Bazar Iftar Ramadan dari DBKL yang kini telah dibuka mulai 10 FEBRUARI 2020 secara online. Permohon dibuka hanya dalam masa 7 HARI.

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
  • Beragama Islam sahaja.
  • Menetap di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.
  • Pemohon dibenarkan memohon satu lokasi sahaja.

DOKUMEN LAMPIRAN

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Gambar berukuran passport berlatar belakang biru gelap.
  • Salinan Buku akaun bank atau salinan /slip penyata akaun yang disahkan oleh bank.    * perlu dibawa semasa sesi taklimat bagi pemohon yang berjaya sahaja.
  • Bil air/elektrik/utiliti/astro atas nama dan alamat tempat tinggal pemohon.

KADAR BAYARAN

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU

i. Pembantu hendaklah warganegara Malaysia sahaja.

ii. Berumur 18 tahun keatas.

iii. Maksimum hanya 2 pembantu bagi 1 lokasi sahaja.

CATATAN :

Pendaftaran permohonan Bazar Iftar Ramadan hanya boleh dibuat melalui dalam talian (online) secara individu sahaja. Sebarang surat menyurat tidak diperlukan. Permohonan secara online yang tidak lengkap, dokumen tidak jelas dan maklumat palsu akan ditolak.

Tarikh TUTUP permohonan adalah pada 17 FEBRUARI 2020.

Untuk senarai lokasi dan maklumat lanjut, boleh layari disini.

PEMBERITAHUAN

Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Penjaja ada menyediakan kaunter khidmat bantuan bagi membuat permohonan atas talian di Tingkat 4, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

Sebarang pertanyaan berkaitan:
1. Permohonan – 02-2028 2536 / 2537 / 2538 / 2541
2. Lupa kata laluan – 02-2028 2605 / 2607 / 2609 / 2629 / 2621

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi mak-mak yang berminat untuk berniaga dan menambah pendapatan pada bulan puasa nanti. Segera memohon, jangan terlepas peluang ini iya.

Sumber: DBKL

Published by
Suhaidah Abd Wahab