Pejam celik sudah dua bulan bersama Mingguan Wanita. Sejujurnya nak hadap dateline setiap minggu memang memenatkan. Tapi bila tengok orang lain boleh buat jadi saya pun cuba kuatkan semangat. Memang ‘tabik spring’ la dekat mereka yang dah lama dalam team MW. Semuanya gigih dan hebat!
Sepanjang dua bulan ini saya dah dapat tugasan macam-macam termasuklah pergi interview orang-orang hebat yang ada kat Malaysia. Antaranya Ahyat Ishak yang cukup terkenal dalam dunia hartanah. Banyak ilmu yang saya dapat menerusi temubual yang dijalankan. Dia juga tak lokek dan very humble
orangnya. Kalau nak tahu fasal pelaburan hartanah memang boleh cari Ahyat Ishak ni.Seorang lagi anak muda yang berjaya pernah saya temubual adalah Nasrul Baharudin yang meneraju beberapa buah syarikat hanya pada usia 27 tahun. Hebat kan? siapa-siapa nak berniaga tapi buntu nak buat bisnes apa, Nasrul ada buat kelas coaching nak tolong orang melayu jadi ahli perniagaan berjaya. Kedua-dua figura yang dah berjaya ini bukan sahaja kaya dengan ilmu dunia, malah mereka juga tak lupakan ilmu akhirat.
Kalau fikirkan balik memang dateline MW setiap minggu tapi bila dapat interview individu seperti yang saya sebut kat atas tu rasa ada rahmat disebalik pertukaran ni. Memang sangat terinsipirasi dan semoga saya juga boleh berjaya seperti mereka bukan sahaja di dunia, malah juga diakhirat. InshaAllah.
1. Solat jangan tinggal, buat juga solat sunat terutamanya Tahajud dan Dhuha.
2. Jangan pernah putus asa, gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya.
3. Tetapkan matlamat dan tetapkan waktu bila nak capai matlamat tersebut.
4. Berkawan dengan orang-orang yang ada nilai-nilai positif dan bonus kalau ada kawan-kawan yang berjaya. Boleh cedok ilmu kejayaan mereka sekali.
5. Usaha dan doa itu penting, selebihnya berserah kepada Allah sebab Allah Maha Mengetahui dan Dialah sebaik-baik Perancang.