Nak Berjaya, Bentuk Minda Supaya Sentiasa POSITIF!

Nak berjaya tak? Rasanya tiap orang pastinya inginkan kejayaan dalam hidup. Namun bukan semua mampu memilikinya. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Segala fikiran anda akan membentuk tingkahlaku yang anda inginkan. Kalau kejayaan yang anda fikirkan, maka anda akan membentuk pemetaan minda yang melahirkan tingkahlaku yang membawa kepada kejayaan.

Sudah Tersedia Ada

Menurut Wellington, apa sahaja yang ada pada diri anda dan persekitaran anda yang berbentuk alami telah pun ada dalam kotak fikiran anda. Seumpama sebuah komputer yang telah mempunyai cips kecerdasan yang begitu tinggi, hanya memerlukan sistem daya dan keupayaan untuk membuka suisnya.

“Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat, lalu (Allah) berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!” Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Baqarah : ayat 31-32).

Lagi artikel di sini:

Doa Mustajab Mak Ayah, Anak Berjaya Dunia akhirat…Jangan Henti Berdoa!

 Anak-Anak Amanah Akan DIAUDIT Akhirat, Mak Ayah Jangan Ambil Mudah!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Ads

Buka ‘Suis’ Minda

Untuk memetik suis minda, anda mempunyai dua pilihan. Pilihan pertama, ‘on’ bermakna menghidupkan atau mempositifkan minda. Pilihan kedua, membiarkan suis itu tertutup (‘off’). Ibarat lampu yang mempunyai arus elektrik, untuk memanfaatkan cahaya lampu, suis mesti dibuka terlebih dahulu (on). Kalau dibiarkan tertutup, tiada gunanya kewujudan lampu, bilik tetap gelap.

Di dalam diri manusia tetap ada arus elektro-magnetik (bio-elektrik). Untuk mendapat manfaat daripada arus elektro magnetik ini, ‘suis’ mesti dibuka. ‘Suis’ pada bio-elektrik tubuh ini terletak kepada minda yang positif. Minda yang negatif menutup arus elektro magnetik ini daripada menjadi sumber tenaga yang menggerakkan chemistry di dalam tubuh manusia.

Nak Berjaya, Bentuk Minda Supaya Sentiasa POSITIF!

Nak Tahu Keajaiban Tubuh Manusia?

Tubuh manusia merupakan satu set keajaiban rangkuman cips kecerdasan yang diciptakan oleh Allah SWT yang cukup hebat. “Sesungguhnya manusia itu diciptakan di dalam sebaik-baik kejadian (sehebat-hebat kejadian)” (Surah al-Tiin, ayat 4).

Ads

Menurut seorang pakar ginekologi, ketika bayi sudah cukup waktu untuk dilahirkan, kedudukan bayi akan berada di dalam posisi menelangkup (sujud) dengan kepalanya di bawah. Apabila dilakukan ujian scanning, terdapat seperti ada cahaya di bahagian tengah otak. Dalam kedudukan menelangkup begitu, memudahkan aliran darah yang membawa oksigen untuk sampai ke saraf dendrit di bahagian Septum Pellucidum (Joy Centre).

Apakah chemistry ini yang menyebabkan bayi itu berkeupayaan untuk lahir ke muka bumi? Persoalan ini sebenarnya membawa kita kepada pembuktian bahawa minda yang positif membawa kepada kegembiraan dan keseronokan.

Nak Tahu Apa Bahaya Minda Negatif?

Tekanan dan ketegangan mental dan emosi yang menimbulkan pelbagai masalah kemurungan, susah hati, kecewa, rasa diabaikan, tersisih, sunyi sehingga kepada skizofrenia dan psikotik berpunca daripada fikiran yang negatif yang mengganggu ketenangan hati.

Dengan kata lain, ketegangan yang berpunca daripada minda yang negatif menutup sistem tenaga dalam tubuh individu. Apabila sistem tenaga bio-elektromagnetik terputus, maka gelaplah di dalam tubuh individu. Dalam kegelapan, semua sistem di dalam tubuh individu secara biologinya tersekat dan peringkat lebih kronik lagi mungkin terhenti!

Ads

Ganggu Fungsi Minda

Sistem penghadaman dan perkumuhan terganggu. Makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik dan tidak dapat dilepaskan keluar lebih daripada 48 jam akan masuk ke dalam saluran darah dan dibawa ke seluruh tubuh. Toksin ini menjadi mucus dan mengganggu sistem pernafasan. Nafas yang terganggu akan tersekat dan aliran darah yang menyebabkan darah yang membawa oksigen ke otak tidak berkualiti. Kekurangan oksigen di bahagian otak menyebabkan fungsi minda terganggu.

“Allahu nur us-sama wa tiwal-ardh” (Allah SWT adalah pemberi cahaya langit dan bumi). Cahaya adalah petunjuk daripada Allah SWT. Demi untuk mendapat petunjuk daripada Allah, minda kita perlu positif. Minda yang positif akan menimbulkan keyakinan pada hati kita terhadap apa yang kita hajati.

Hukum Kejayaan

Hukum kejayaan ialah mewujudkan minda yang positif tanpa mekanisme bela diri yang sering menjadi kebal dengan alasan demi alasan untuk tidak melakukan tindakan. Mekanisme bela diri inilah yang perlu dielakkan kerana ia sering menukar tenaga positif minda menjadi lemah dan berakhir dengan tertutupnya pintu dan suis kejayaan.

Oleh itu sentiasa lah berfikiran positif dalam apa jua situasi kehidupan yang dilalui. Mudah-mudahan cahaya kebahagian menerangi kehidupan yang kita lalui serta beroleh keredaan daripada-Nya.

Artikel: Dr. Muhamad bin Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi, RMJ HOLISTIC SOLUTION

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI