Sekarang ni tak kisah tinggal kat kampung atau bandar mesti ambil peluang untuk bercucuk tanam. Kalau di kampung tanahnya luas memang seronok dengan pelbagai tanaman. Tapi, kalau kat bandar, tanam dalam pasu pun dah ok dah.

Biasanya, pokok yang biasa mak-mak tanma tentulah pokok bunga untuk mencantikkan taman depan rumah. Tak kurang juga yang suka menanam pokok-pokok untuk kegunaan memasak seperti serai, kari, ulam raja, cili dan banyak lagi.

Seronoknya, bila masa mak-mak bercucuk tanam, pokoknya tumbuh merimbun dan ‘tak habis makan’ sampaikan boleh bagi sedekah pada jiran-jiran lagi.

Tapi, ada juga yang berkali-kali menanam tetap tidak subur, pokok mati lagi. Kononnya ‘tangan panas’ tak sesuai untuk menanam pokok.

Nak bagi pokok subur bukan hanya dengan meletakkan baja semata-mata. Sebenarnya, kalau nak bercucuk tanam, mak-mak kena tengok hari yang sesuai. Inilah yang dikongsikan oleh Muhaimin Azman. Moga ia boleh dijadikan panduan buat mak-mak dan bolehlah tengok hari apa dan pokok apa yang sesuai untuk tanam.

Ads

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tanam Pokok Cili Cara PANGKAS, Tak Perlu Semai, Mudah Dan Cepat Tumbuh

Manfaatkan Masa Anda Di Rumah Tanam Pokok Dalam Pasu, Kurangkan Belanja Dapur

Info Lebih Menarik DI SINI

Ads

Bercucuk Tanam Pada Hari-Hari Sesuai 

Mak-mak boleh buat rujukan hari-hari apa untuk menanam pokok-pokok kesukaan.

1. Menanam pada hari pokok diciptakan
2. Menanam pada hari tertentu menurut petua melayu
3. Menanam mengikut tarikh bulan bulan melayu
4. Menanam pada peristiwa-peristiwa tertentu

1. Hari Pokok Diciptakan

“ Allah swt telah menciptakan tanah pada hari SABTU, menciptakan di bumi gunung-gunung pada hari AHAD, menciptakan pepohonan pada hari ISNIN, menciptakan yang tidak disukai pada hari SELASA, menciptakan cahaya pada hari RABU, menyebarkan binatang melata di bumi pada hari KHAMIS, menciptakan Adam pada hari JUMAATsetelah asar yang merupakan akhir penciptaan di akhir waktu dari waktu-waktu hari Jum’at yaitu antara asar hingga malam.” (HR Muslim)

Ads

2. Menanam Pada Hari Tertentu Menurut Petua Melayu

Ahad : Pokok berbuah kecil seperti limau, rambutan, ciku dan sebagainya.
Isnin : Pokok ubi, ubi kayu, keledek dan sebagainya
Selasa : Sayur sayuran, jagung dan sebagainya.
Rabu : Bunga-bungaan
Khamis : Biji-bijian, kacang, padi
Jumaat : Pokok berbuah besar seperti durian, nangka dan manggis

3. Menanam Mengikut Tarikh Bulan Melayu

Haribulan:
1, 11 dan 21 : Hari Akar – tanaman yang sesuai di tanam ialah yang mengeluarkan ubi seperti keledek, keladi, ubi kayu dan sebagainya.
2, 12 dan 22 : Hari Batang – seperti tebu dan serai
3,13 dan 23 : Hari Daun – seperti sawi, bayam, kangkung
4, 14 dan 24 : Hari bunga – seperti orkid
5, 15, 25 : Hari buah – seperti mangga, kelapa dan jambu

5. Menanan Mengikut Peristiwa

Seperti kelahiran anak, perkahwinan dan sebagainya.
Contoh: Jika menanam pokok kelapa sempena memperoleh anak pertama, maka sesudah anak itu besar kita boleh beritahu pada anak “Inilah pokok sama jadi dengan anak..” sudah pasti dia akan memerhatikan perkembangan pokok itu selari dengan pertambahan umurnya.

MW: Kalau sebelum nie, asyik tak berjaya saja tanam pokok, bolehlah tengokkan tarikh dan hari yang sesuai. Mana tahu menjadi. Sekadar panduan untuk semua.

Sumber: Muhaimin Azman

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI