Nak Bercucuk Tanam Di Rumah, WAJIB ADA Ini, Barulah Pokok Subur & Menjadi!

Share

Nak bercucuk tanam jangan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’. Awalnya bukan main beria lagi tapi selepas lihat tanaman tak menjadi, mulalah hilang semangatnya.

Ada juga mak-mak yang nak bercucuk tanam hanya sekerat jalan saja. Baru nak mula tapi barang untuk pertanian tak lengkap. Nak ke nursery pun satu hal. Akhirnya, terbengkalai macam tu.

Walau bagaimanapun, ada juga yang semangat nak bercucuk tanam tapi tak tahu barang apa yang nak digunakan atau perlu ada.

Tak perlu risau, Puan Liyana berkongsi barang-barang yang wajib ada untuk bercucuk tanam di rumah. Boleh kongsi cara beliau, barulah pokok menjadi dan hidup subur.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: RAHSIA Buat BAJA Semulajadi Guna BAWANG. Bebas Bahan Kimia, Tanaman Pun Subur

Nak BERCUCUK TANAM Kena Ada Hari-Hari Sesuai, Barulah Hidup Subur

Info Lebih Menarik DI SINI

Nak Bercucuk Tanam Kena Ada Barang Ini

Barang-barang pertanian yang wajib ada di rumah saya. Setipa fungsi sesuai untuk bercucuk tanam. Boleh juga dapatkan barang ini di Shopee. Moga bermanfaat.

1. Barang pertanian untuk rawat tanah iaitu dolomite atau kapur pertanian. Saya gunakan dolomite apabila tanah jadi terlalu masam @ berasid. Dolomite dapat membaik pulih struktur tanah dan dapat mengelakkan daripada penyakit bawaan tanah terutamanya ulat-ulat halus. Ambil satu sudu makan dolomite dan tabur gaulkan di dalam tanah. Pokok akan kurang berpenyakit. Harganya x mahal. Anggaran RM4-6/1kg.


BOLEH BELI DI SINI 

2. Ini epsom salt. Ianya seperti biji-biji kristal. Ia bukan ajinomoto atau garam ye. Saya hanya guna sekali sekala bila perlu terutamanya untuk pokok jenis berbuah. Epsom salt juga boleh merawat tanah, memperbaik struktur tanah, memaniskan buah, melebatkan buah dan mencantikkan daun. Daun kurang melecur jika guna ES ni.


BOLEH BELI DI SINI

3. Wajib ada. Baja kopi untuk semua jenis sayur berdaun dan berbuah. Fungsinya untuk melebatkan buah, mengilatkan daun serta memperbanyak bunga. Baja kopi juga akan mmbuatkan pokok-pokok kelihatan sangat subur. Guna 7-10 hari sekali.


BOLEH BELI DI SINI 

4. Cuka kayu original.Tak pernah putus. Mesti ada sebagi kawalan serangga perosak. Saya beli di Shopee. Sukatannya ialah 5ml+1L air biasa. Sembur 2 @ 3 kali seminggu selepas jam 6 petang.


BOLEH BELI DI SINI 

5. Sukatan jika nak guna baja kopi ialah sesudu kecil sahaja.

6. Baja tinja kambing. Memang saya gunakan khas untuk pokok kunyit, sawi, terung, timun dan bendi pada minggu-minggu awal.

BOLEH BELI DI SINI 

7. Tanah kompos hitam sawit & tanah organik (plastik hitam). Memang tanah ini bagus untuk penanaman sayur.


BOLEH BELI DI SINI 

Mingguan Wanita : Dah tak perlu nak ke nursery bagai, boleh dapatkan di Shopee saja. Selamat bercucuk tanam.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora