Nak Beli Rumah Kena Ikut Kemampuan, Jangan Sampai ‘Raksasa Sedut Duit’

Share

Bila kerjaya sudah ada dan mampu dapat duit tetap tiap-tiap bulan, perkara pertama selain memberi duit pada orang tua, tentulah kita fikir untuk membeli rumah. Tak kurang pula yang berkira-kira untuk membeli kenderaan idaman.

Sesetengah orang terutamanya orang muda, mereka lebih suka menabung untuk membeli kereta atau motosikal. Namun, bagi yang berfikiran jauh, membeli rumah untuk masa depan dan hari tua adalah satu perkara yang cukup baik. Tetapi, bagaimana dengan bayaran bulanan yang perlu dibayar bila membeli rumah. Itulah persoalannya sekarang. Mampu atau tidak?

Mampu memang mampu tetapi jangan sampai ‘raksasa sedut duit’. Maksudnya, duit gaji habis dibayar untuk bulanan rumah sahaja sedangkan banyak lagi perbelanjaan lain yang perlu di tanggung.

‘Rumah Pertamaku. Itulah topik yang dibincangkan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi.

Tidak dinafikan, sekarang ini sukar untuk membeli rumah kerana harganya semakin hari semakin meningkat. Kadang-kadang, gaji rendah belum tentu untuk kita membeli rumah sendiri. Selera di mata memang nak rumah yang cantik tetapi duit di poket tidak cukup.

Antara panel jemputan yang mengupas lebih lanjut tentang isu ialah Ahyat Ishak, Pakar Hartanah.

Sebenarnya ada prosedur untuk membeli rumah dan dengan membeli hartanah, ia boleh menjadi emas atau mungkin boleh menjadi aset atau liabiliti.

Ada masalah apabila menceritakan untuk membeli rumah iaitu masalah yang melibatkan:

a)Duit – 70% adalah masalah duit untuk membayar deposit, tiada pembiayaan dan sebagainya.
b)Ilmu – 20% tidak tahu nak beli rumah yang macam mana.
c)Emosi – 10% berbelah bagi untuk beli rumah terutamanya bagi perempuan.

“Wanita perlu ada ilmu hartanah. Masalah yang dihadapi isteri adalah melibatkan masalah suami iaitu apabila suami membeli rumah atas namanya, ia boleh jadi suami meninggal atau ditinggalkan…Fikirannya: tiada tempat tinggal..”

Kata kunci yang utama dalam membeli rumah adalah:

  • Layak
  • Mampu – Tak semestinya rumah yang layak kita beli itu mampu dibayar.

Jangan kita ‘berselera’ untuk membeli rumah yang besar tetapi tidak mampu bayar. Kita belilah rumah yang mampu di bayar. Contohnya, belilah dulu rumah flat, kemudian, jika mampu, rumah teres, rumah semi D dan akhir sekali rumah banglo. Ukur baju di badan sendiri.

Bagi yang terlepas siaran langsung tadi, anda boleh menonton siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow yang dihoskan oleh Siti Elizad dan Sherry Al Hadad dengan tetamu jemputan lain seperti Prof Madya Dr Fazli Mohd Sabri – Pakar Kewangan, (Dr.) Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir – Mentor AWETA 2018/2019 dan Salehah Binti Abu Nor – Finalis Protégé AWETA 2018/2019 di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam nanti.

Published by
Nora