Kehidupan hari ini begitu mencabar apatah lagi dengan gelombang pandemik Covid-19 yang tidak tahu bila akan berakhir. Ada yang kehilangan kerja dan masalah ekonomi bukan saja mengancam negara kita sebaliknya seluruh dunia.
Menerusi perkongsian di Facebook Puan Dzuriasikim Dzulkefli berkongsi 10 tip berguna yang dapat membantu anda bebas hutang tanpa modal.
Ikuti perkongsian wanita ini yang InsyaAllah berguna buat kita yang sedang bergelut untuk menyelesaikan hutang;
10 CARA BEBAS HUTANG TANPA MODAL
Doa Selalu Di Waktu Mustajab Doa
Setiap hari jangan lupa berdoa supaya Allah berikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Doa ini jangan tinggal ye. Doa selalu termasuk di waktu mustajab doa. InsyaAllah dengan izin Allah anda akan diberikan rezeki yang banyak walaupun anda rasa tidak logik. Itulah, akal kita manusia memang terbatas.
.
Rezeki Berganda
Rezeki yang banyak itu banyak mana? Usahlah berkira-kira “untung” setelah berdoa. Sebaliknya banyakkan bersyukur kerana ketika kita bersyukur Allah akan tambah nikmat. Nikmat itu termasuk juga rezeki yang melimpah ruah. Dan nikmat itu juga adalah termasuk kesihatan, kebahagiaan, peluang pekerjaan yang baik dan lain-lain. Asal kita sentiasa bersyukur akan ada rezeki berganda dan jalan untuk membayar hutang nanti.
.
Ikhtiar
Ikhtiar perlu ada. Ikhtiar termasuklah juga berjimat cermat. Dan ikhtiar dalam mencari rezeki juga. Jika mahu berniaga, usah banyak fikir…. Siapa nak beli, jika tak habis macamana, berapa agen ada di kawasan saya. Sebaliknya fikir begini, rezeki Allah itu luas, jika Allah izinkan semua barang jualan akan habis dengan sangat cepat, berapa kena jual untuk habiskan bayar hutang dengan cepat.
Nampak tak betapa pentingnya berfikiran positif untuk maju dalam mencari rezeki?
Solat Tiang Agama
Solat jangan tinggal ye. Tak kira siapa kita, tak kira bagaimana orang judge kita dari segi rupa paras dan perlakuan. It doesn’t really matter at all. But solat jangan tinggal. Itu kunci utama untuk majukan diri dalam banyak perkara. Nak bebas hutang, solat jangan tinggal.
.
Tahajjud
Tahajjud jangan tinggal jika mahu bebas hutang. Doa dalam Tahajjud itu kan bagaikan anak panah yang tidak akan tersasar dari sasarannya. Hutang berpuluh ribu pun anda boleh bayar nanti. Walaupun sekarang anda sedang berniaga tepi jalan dan hanya dapat RM200 sehari. Rasa macam tak logik bukan? Tapi yakinlah dengan kuasa Allah yang Maha Memberi. Dan Allah membantu dengan cara yang super tidak logik.
Jika ada hutang berpuluh ribu tetapi masih susah bangun Tahajjud, itu maknanya kita belum cukup mahu berusaha.
Sedekah Setiap Hari
Sedekah setiap hari ya. Sedekahlah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sedekah kepada burung pun boleh. Namun sedekah Subuh adalah sangat “mujarab” untuk menjemput rezeki. Usah lupa untuk berdoa ketika bersedekah. Dan kadang kita juga boleh minta orang yang kita sedekah itu doakan yang baik-baik buat kita.
Ada 10 Cara Kreatif Bersedekah Untuk Diamalkan, Bukan Hanya Beri Duit Saja
Amalkan Sedekahkan Al Fatihah Pada Orang Tua. Antara Petua Rezeki Melimpah Ruah
Kurangkan Mengeluh
Lagi banyak kita merungut, mengeluh, mengadu dengan orang yang kita banyak hutang… Lagilah susah untuk kita menjemput rezeki nanti. Kurangkanlah mengeluh. Sebaliknya kiralah betapa banyaknya kebaikan yang sedang kita nikmati dari Allah setiap hari. Lagi satu, actions speak louder than words. Segala keluh kesah tidak membantu melangsaikan hutang.
Senyum Selalu
Nak murah rezeki, kena senyum selalu. Senyum ini adalah sedekah yang paling murah dan mudah. Senyum juga adalah penjemput rezeki. Lagi satu, buang segala rasa benci dan dendam dalam hati. Segala rasa negatif dalam diri boleh menjadi blockage atau penghalang kepada rezeki.
Usahlah Bersedih Jika Difitnah
Jika anda difitnah, dituduh yang bukan-bukan, disangka tidak baik hanya kerana status anda janda contohnya atau apa sahaja. Usahlah bersedih. Sebaliknya berdoalah yang baik-baik untuk diri sendiri. Doa orang yang teraniaya ini tiada hijab. Doalah supaya diberikan rezeki yang melimpah ruah dan doakan juga agar Allah permudahkan untuk anda melangsaikan segala hutang yang ada dengan sangat mudah.
Percayalah bahawa pertolongan dari Allah itu sangat dekat. Sepuluh, dua puluh ribu, malah ratus ribu itu sangat kecil dan mudah bagi Allah. He will help you miraclesly.
Ikhlaskan Diri
Ikhtiar cari wang dengan berniaga perlukan modal wang. Namun ikhtiar yang saya tuliskan ini hanya perlukan kesungguhan. Bersungguhlah berdoa, bertahajjud, bersedekah, ikhlaskan diri, bersihkan hati… Semua ini tidak perlu modal wang. Nak bebas hutang, buatlah semua ini.
Yakinlah bahawa segalanya mudah bagi Allah. Trust Allah.
Sumber/foto: Dzuriasikim Dzulkefli https://www.facebook.com/dzuriasikim.dzulkefli