Nak Bayar Boleh, Tapi Jangan Sampai Suami Lepaskan Tanggungjawab Ke Bahu Isteri

Share

Bukan nak didik suami lepaskan tanggungjawab, tetapi biasalah… kadang ada isteri sanggup keluarkan duit sendiri sebab tak nak bebankan suami.

Beli baju guna duit sendiri, dan ada isteri yang lagi baik hati selalu keluar duit belikan barang dapur. Masa sayang tak ada masalah OK lah, tetapi bila suami buat perangai? Habislaaaahh…

Jadi nak selamat, ikut nasihat saudara Firdaus Shakirin ini dulu ya. Berfikir sebelum bertindak!

Tolong Pun Jangan Sampai Suami Lupa Tanggungjawab

Nak tolong bayar boleh, nak tolong buat boleh, nak berdikari pun boleh, tapi jangan terlebih “tolong”, jangan terlebih “buat”, jangan terlebih “berdikari”.

Tanggungjawab suami, biar suami yang buat, jangan sesekali ambil alih tanggungjwb tu. Sebab apa? Sebab lama-lama, suami akan perlahan-lahan lepaskan semua tu ke bahu isteri.

“Salah ke saya nak tolong suami” “Salah ke saya nak buat” “Salah ke saya nak berdikari”

Tak…langsung tak salah…

Saya lagi galakkan semua isteri tolong suami, isteri buat on behalf suami, isteri jadi berdikari…tapi jgn biasakan diri utk selalu tolong, selalu buat dan selalu berdikari. Bila dah terbeban, bila dah rasa tak mampu nak tolong, bila dah penat, apa akan jadi? Ungkit mengungkit yang saya bayar itu, saya bayar ini. Abang langsung tak ambil tahu, abang tak ganti duit yang saya guna. Saya buat itu, saya buat ini, saya pergi sana, saya pergi sini. Abang tak itu, abang tak ini. Macam-macam akan keluar. Then masa tu nak pulangkan semula “tanggungjawab” tu kepada suami?

Boleh jadi suami dah tambah komitmen, dia gunakan duit dia yang lebih bulan-bulan tu untuk perkara lain, benda lain, tambah hutang. Bila awak nak tambah komitmen dia, nak suruh dia bayar balik apa yang sepatutnya dia yang bayar, agak-agak dia nak tak? Dia berlapang dada terima tak? Dia mampu tanggung tak?

Tak Salah Bantu Tapi Usah Berlebih

Nak membantu suami itu boleh, asalkan sikap suami itu tak lupa daratan, dia sedar yang isteri dia banyak meringankan bebannya, dia hargai, dan dia tetap kerja dgn sedaya upaya kudrat yang ada tanpa mengambil kira yang dia sebenarnya dah selesa dgn bantuan si isteri tu Selagi dia menjadi suami yang bertanggungjwb, selagi tu la awak sebagai isteri boleh untuk meringankan beban suami.

But when dia dah makin lupa tanggungjwb dia, maka tolong “ingatkan” dia akan tanggungjawab dia dengan cara pulangkan apa yang sepatutnya dia buat dan dia bayar.

Jangan sesekali ambil alih tanggungjawab itu ke bahu awak selagi dia masih mampu.

Published by
Nadia