Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia, suami dan isteri akan berganding bahu mencari rezeki untuk menampung kehidupan yang dipertanggungjawabkan kepada setiap pasangan suami isteri.
Suami akan terus sibuk dengan kerja-kerja yang telah diberikan oleh syarikat atau dimana mereka berkhidmat, tidak kalah juga dengan isteri yang terus memiliki tanggungjawab yang perlu dipikul selain tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Melalui zaman perkahwinan adalah satu zaman yang dianggap indah dipermulaan kehidupan dan terus bahagia bahagi dan berbahagia, akan tetapi ada sahaja cerita penceraian, kisah isteri tidak diberi nafkah setelah suami mengizinkan isteri bekerja dan pelbagai lagi isu yang bangkit tentang keruntuhan institusi rumah tangga ini
Jom cuba tips bagaimana untuk menjadikan mengaji bersama sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan suami dan isteri baik, barakah, dan menerima apa adanya suami dan isteri.
Tambahlah ilmu untuk mencapai kebahagian didunia akhirat, Allah hanya menilai segala perbuatan manusia hanya melalui ilmu yang dipelajari dan diamalkan, akan tetapi Allah meminta kepada semua hambanya untuk terus belajar.
Ikatan perkahwinan adalah ikatan yang kuat.
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
An Nisa:21
Allah memerintahkan kita untuk menjaga diri dan ahli keluarga dari api neraka.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
At Tahrim:6
Dari Aisyah: Rasulullah bersabda: sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada ahli keluarga. Riwayat al Tirmizi.
Sumber/Foto: Anna Rosdijanti Ahmat Rusdi, pemilik Be Ana Home Quran via Mingguan Wanita