Kekeluargaan

Nak Bagi Suami Pinjam Duit, Ini Perkara Isteri Perlu Buat, Peguam Syarie Kongsi Caranya

Share

Nak bagi suami pinjam duit, ini perkara isteri perlu buat, Peguam Syarie kongsi caranya. Dalam institusi perkahwinan, soal kewangan sering menjadi topik yang sensitif.

Nak Bagi Suami Pinjam Duit, Ini Perkara Isteri Perlu Buat

Apabila suami ingin meminjam duit daripada isteri, ia boleh mencetuskan pelbagai reaksi dan perasaan, bergantung kepada situasi kewangan pasangan tersebut. Namun, perkara ini tidak perlu menjadi isu besar sekiranya diurus dengan bijak.

Peguam Syarie Kongsi Caranya

Berikut perkongsian daripada Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.

LIMA perkara isteri perlu lakukan kalau ‘Nak Bagi Pinjam’ duit pada suami sebelum menyesal dan meraung dibucu katil.

Berikut LIMA perkara isteri perlu lakukan kalau nak bagi pinjam wang ke atau barang berharga kepada suami. Ye la, ramai sangat sebelum ini tanya tentang nak tuntut balik duit yang diberi pinjam kepada bekas suami. Jadi, banyak yang tak buat macam saya kongsi ini.

Kena catat dan buat perjanjian bertulis

Kalau anda nak pinjam duit dekat bank, ada ke bank bagi macam tu saja duit kepada kita? Tak bukan? Bank mesti akan buat satu perjanjian bertulis, berapa yang diberi, berapa kena bayar setiap bulan.

Macam itu juga anda. Kalau nak bagi pinjam duit pada suami, apa salahnya buat Perjanjian Bertulis yang proper. Lagi power kalau ada cop pesuruhjaya sumpah. Bukan nak berkira dengan suami, tapi Al-Quran yang suruh catat hutang.

Anda kena ingat, kalau pun mungkin anda tak bercerai hidup, tapi pasti akan ada kematian. Kalau suami mati dalam keadaan dia berhutang dengan isteri, macam mana anda nak beritahu suami ada buat pinjaman kepada anda di Mahkamah?

Dokumen harta anda yang nak diberi pinjam

Ramai isteri yang pernah bagi pinjam harta seperti barang kemas hantaran kahwin dulu untuk digadai oleh suami. Tapi, masalah besar adalah, surat pajak barang kemas yang digadai itu anda tak simpan. Suami yang pegang. Kemudian, anda pun tak tahu dimana digadai.

Kalau anda jenis simpan duit sendiri, bukan melalui bank ke, ASB ke, KWSP ke, payah kalau anda nak buktikan tentang dokumen pemilikan harta anda tersebut. Kalau pun anda mungkin simpan duit berkepok-kepok di rumah, nak bagi pinjam pada suami, masukkan dulu duit tersebut di bank anda. Baru la ada bukti itu duit anda.

Jangan bagi Duit By Hand Atau Cash Deposit

Ini kesilapan yang paling besar kalau nak bagi pinjam duit pada suami. Banyak isteri selalu bagi dalam bentuk cash sama ada keatas tangan suami terus atau anda pergi bank dan buat pembayaran secara Cash Deposit. Kalau by hand tak ada bukti anda bagi pinjam, kalau cash deposit, resit itu akan pudar.

Suami juga boleh menafikan yang anda bagi duit sebagai pinjaman sahaja. Dia boleh saja cakap, duit itu anda bagi sebagai ‘sedekah’ atau ‘hadiah’. Yang terbaik adalah, Online Transfer dan tuliskan Reference, ‘Suami Pinjam Bayar Hutang Kereta Dia’ contohnya.

Sekurang-kurangnya Seorang Saksi 

Dalam Islam, selain daripada membuat catatan hutang, kena ada sekurang-kurangnya seorang saksi. Kalau anda buat pinjaman di bank pun, dia akan minta untuk dinamakan seorang ‘penjamin’ kan. Anda pula, tak kan nak bagi pinjam senyap-senyap.

Kena ada saksi yang tahu tentang hutang yang anda beri, siapa pemiutang dan siapa penghutang. Ingat, kalau anda tuntut di Mahkamah, saksi itu adalah bukti penting. Kalau anda menangis air mata darah sekalipun dihadapan hakim, itu bukan bukti.

Perbualan Whatsapp/Email/Mesej

Salah satu benda yang boleh membuktikan tentang hutang suami adalah perbualan anda di dalam Whatsapp contohnya. Anda perlu remind suami anda, untuk peringatkan tentang hutang yang diberi.

Kalau suami cakap, anda asyik mengungkit, cuba beritahu, ‘saya peringatkan bukan sebab apa, bimbang dalam kubur nanti roh tergantung atau awak tersungkur di pintu syurga pula sebab hutang awak di dunia ni’.

Syukur la kalau ada orang peringatkan tentang hutang, kalau pinjam Ah Long, bukan setakat peringatkan, tapi nyawa pun terancam.

Kesimpulannya, jangan buat main-main tentang hutang. Kalau anda berhutang dengan siapa sekalipun, ini prinsip berhutang yang perlu diamalkan. Kalau bagi pinjam sikit-sikit, terpulanglah nak buat atau tak. Tapi, kalau nak bagi pinjam jumlah besar, RM10k, RM20k, RM100k ini sangat rugi kalau tak buat.

Sumber: Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.

Baca artikel lain juga: Sebelum Bagi Suami PINJAM DUIT, Kena Buat Perjanjian Bukan Mengungkit Tapi Peringatan!

Suami Suka Pinjam Duit Dari Isteri Semasa Perkahwinan, Peguam Syarie Kongsi Tip Cara Tuntut Hutang Lepas Cerai

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

Published by
Has