Nak Bagi Serai Cepat Keluar Tunas, Ambil Bahagian Bawah Serai, Rendam Air

Share

Orang cakap tanam serai sangatlah senang nak hidup. Bukan apa, serai ni memang banyak kegunaan untuk mak-mak kat dapur terutamanya dan bab-bab memasak. Boleh dikatakan baha nyang perlu ada kat dapur.

Walau bagaimanapun, tak semua yang nak tanam serai tu sednang hidup. Silap cara, memang tak jadi serai yang nak ditanam. Tapi ada jugak yang tanam serai, letak sahaja dan lepas tu merimbun serainya. Puas hati.

Kali ini, ada cara yang mak-mak boleh guna, kalau nak tanam serai dengan cara mudah. Sebab kadang-kadang kalau cucuk serai pun belum tentu hidup kan. Perkongsian daripada Azyan Syazwani ini bolehlah di cuba oleh mak-mak kat rumah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!

TEKNIK Tanam SAWI GERGASI, Campur Benih Dengan Sedikit Pasir, Jarakkan 10cm Setiap Pokok

Info Lebih Menarik DI SINI 

Cepat Bertunas

Sebelum ni kami tanam serai
Memang terus cucuk direct ke tanah
Hidup memang hidup cuma ambil masa nak bertunas. Makin di skodeng rasa makin lambat serai nak bertunas baru.

Ini tip yang boleh digunakan supaya tunas serai cepat keluar.

1. Potong serai tinggalkan baki seinci. Ubi/isinya kita guna untuk masak. Tak adalah membazir.

Tinggalkan seinci bahagian bawah serai sebab boleh guna untuk memasak, tak membazir.

2. Kemudian rendam serai tu dengan air. Air tak payah banyak sangat. Cukup sekadar paras untuk akar tu keluar.
3. Pastikan keadaan serai tu susun berdiri tau

Rendam air sedikit. Isi air bila berkurang ya. Pastikan terendam dalam keadaan berdiri.

4. Lepas tu, biar je serai-serai itu berendam. Kalau air kurang dari sehari ke sehari tu, kita tambah la ya.
5. Insya Allah dalam beberapa hari muncul la akar. Lepas tu muncul tunas pokok-pokok baru.Selepas beberapa hari, akar & anak pokok pun cepat bertunas. Tak ambil masa berbulan pun

.

6. Dah keluar 2 3 tunas anak pokok, kak yan pindahkan ke tanah. Sebab akar serai tak boleh ajak bincang dah. Bergaduh dengan akar lain.

MW: Tak nak membazir bahagian bawah yang kita potong itu pun boleh ambil ye…guna untuk bagi keluar tunas. Moga bermanfaat untuk mak-mak.

Sumber: Azyan Syazwani

Published by
Nora