Semasa anak kecil, ragam lain macam, begitu juga bila meningkat dewasa. Ragamnya turut berbeza. Biasa masa kecillah, anak akan buat hal sendiri, tidak dengan cakap dan ada juga anak sukar untuk di suruh.

Kadang-kadang ada sahaja alasan yang diberikan untuk tidak membantu. Lebih terus anak sudah pandai melawan cakap sehingga naik geram mak ayah. Malah, mak-mak yang suka berleter jugalah menjadikan anak-anak sudah ‘imun’ dengan bebelan mak.

Sebenarnya, tak susah pun untuk mendidik anak-anak dalam mendengar cakap mak ayah. Kena ada caranya. Tak perlulah mak-mak berleter bila anak tidak mahu membantu.

Perkongsian daripada Cikgu Shaini Razali boleh memberi panduan untuk mak ayah dalam mendidik anak-anak supaya mendegar cakap dan membantu keluarga kat rumah.

Garang Tetap Ada

“Saya pelik tengok anak-anak kakak jenis dengar cakap….buat semua yang kakak suruh…”

Ye sebab akak garang

Sebenarnya, anak-anak jadi begitu sebab kami dah terapkan “budaya khidmat” kepada ibu bapa sejak anak-anak masih kecil lagi. Sejak mereka boleh faham arahan. Jadi bila anak-anak dah terbiasa dengan arahan, dah terbiasa dengan “budaya khidmat”, mereka akan mudah dengar cakap dan mudah menunaikan setiap permintaan ibubapa.

Contoh “budaya khidmat” dalam keluarga untuk anak-anak

Picit umi n ayah selalu
Hidangkan makanan
Sediakan ubat untuk ahli keluarga yang sakit
Sendukkan nasi
Ambilkan air minuman ketika umi dan ayah haus
Kopekkan buah untuk umi dan ayah
Bbuka/tutup pagar dan pintu rumah
Pakaikan stokin dan kasut umi. Umi perasan Cinderella
Kakak / abang suapkan nasi pada adik
Ambilkan barang-barang tertinggal
Tutup buka suis kipas/lampu
Mencari barang hilang
Mengemas rumah
Lap meja lepas makan
Cuci pinggan
Payungkan umi dan ayah
Macam-macam lagi.

Guna Perkataan TOLONG

Masa nak suruh tu, ibu wajib guna perkataan “Tolong” dan sebaiknya bahasa biar indah. “Sayang, tolong bersihkan meja ni…”

Jangan masa anak dah besar baru nak mula panggil “sayang”, nanti anak dengar rasa geli geleman.

IKLAN

Tapi jangan anak-anak aje buat macam-macam untuk kita sebab kita juga kena turut buat perkara yang menggembirakan anak. Contohnya:

Cium dan peluk selalu
Bergurau senda
Bercerita kisah anak-anak soleh
Umi solat berjemaah dengan anak-anak
Bercerita tentang syurga neraka, bab timbangan amal di neraka Al Mizan supaya dia faham kenapa kena buat pahala banyak.
Mandikan, syampukan & sikatkan rambut. Setiap kali tu cakap dengan anak, “nanti bila umi dah tua, macam ni lah kakak kena buat kat umi, mandikan, syampukan, sikatkan”. Boleh tak?

Bagi dia berjanji. Cakap benda sama ulang-ulang, biar anak hadam ayat tu.
Umi masak sedap-sedap, masakkan lauk kegemaran anak

Ada masa amalkan makan bersuap. Cakap hal sama, cakap lembut-lembut, “nanti bila umi dan ayah dah tua, (nama anak) kena suapkan juga tau….Boleh tak ? Juga cakap ulang-ulang.

Jaga anak betul-betul masa dia sakit. Selalu peluk dia dan berikan ayat sentuhan emosi seperti ayat masa mandi dan bersuap tadi
Potong kuku anak setiap jumaat

Belikan hadiah kegemaran / reward bila anak berkelakuan baik.

Lakukan pelbagai aktiviti bersama. Wujudkan MOMENT INDAH supaya dapat dikenang oleh anak bila mereka dewasa. Contoh, time cuti…ajak berkelah, main badminton sama-sama, jogging sama-sama…ibadah juga dilakukan bersama-sama.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Marah Anak Sepahkan Barang Sebab Dia Sedang Berkreatif Jadi Hebat

Jangan Biarkan Anak Menjadi ‘TUAN”, Mendidik Anak Perlu Kena Gaya

Info Lebih Menarik Di SINI

PANTANG BESAR

Ibu JANGAN berleter – Anak-anak yang sering dileteri akan sukar dididik. Sukar mendengar kata.

Benarkan anak-anak buat hal sendiri dengan HP, menonton TV cerita tak bermanfaat. Anak akan makin susah dengar kata.

Satu kesilapan besar bila mak ayah belikan HP untuk anak-anak yang masih bersekolah! Tanpa pengetahuan kita, macam-macam “cerita pelik” dia boleh tengok. Ini akan makin menggelapkan hati. Makin susah nak serap nasihat.

Benarkan anak-anak keluar dengan kawan-kawan terutama geng motor, geng basikal, geng bola. Jaga anak daripada pengaruh negatif rakan sebaya. Biar orang kata kita kurung anak!

Masih Belum Terlambat

Anak-anak dah agak besar dan memang susah nak mendengar kata. Apa harus buat ?
Ibu ubah sikap. Stop berleter. Mula banyakkan doa. Ingat, Allah yang pegang hati dia. Dia boleh berubah asbab mustajabnya doa ibu.

Buang ego. Minta maaf dengan anak-anak. Mengaku kesilapan diri. Ajak anak sama-sama berubah.

Banyakkan solat tahajud/solat hajat. Doakan yang indah-indah berkaitan anak.
Macamana ibu nak pastikan doa itu mustajab ?

Ibu berdoalah di waktu-waktu yang mustajab doa. Misalnya waktu antara azan dan iqomah, 15 minit sebelum berbuka puasa, ketika hujan, 1/3 malam terakhir iaitu selepas jam 3 pagi, waktu asar hari jumaat, ketika bermusafir, ketika selesai ibu melakukan ibadah (contoh, selepas membaca al quran), selepas bersedekah. Seeloknya bertawassullah dengan setiap amal baik supaya Allah kabulkan doa kita.

Ibu jangan buat perkara-perkara mungkar yang menjadi hijab pada terkabulnya doa. Ibu jaga pemakaian, jaga mulut, jaga hati. Juga jaga sumber rezeki/pemakanan.

Semoga Allah SWT beri kita taufiq (kekuatan untuk melakukan perubahan) dan hidayah (petunjuk untuk kita jadi lebih baik).

Sebagai ibu, saya tahu saya belum cukup sempurna…saya juga struggle untuk menjadikan diri ini model terbaik di mata anak-anak….bukan mudah tapi kita kena usaha…..Saya percaya, lebih ramai ibu yang sempurna di luar sana…dan saya berdoa moga Allah berikan saya kekuatan seperti mereka.

Jom kita sama-sama cuba buat sehabis baik untuk anak…dengan usaha dan doa.

MW: Perkara yang susah mak-mak elakkan adalah berleter. Fikiran kita, kalau tak berleter memang anak tak gerak. Boleh ubah dan masih belum terlambat pun dalam mendidik anak-anak.

Sumber: CikguShainiRazali