Realiti kehidupan mak ayah hari ini, nak sangat anak soleh dan berjaya tetapi hidupnya cukup sibuk dengan gajet. Lagi teruk, demi diamkan anak rela sumbat gajet walau hakikatnya itu akan mendatangkan kesan negatif pada anak.
Allahurabbi… janganlah pandang remeh soal mendidik anak soleh, tak susah pun tapi kalau ini sikapnya memang robohlah tiang kasih sayang dalam rumah tangga. Untuk jentik sedikit kesedaran dalam diri mak ayah, jemput baca perkonsgian Ahmad Hisyam Sabrani ini…
Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara… Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.
Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.
Ads
Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.
Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.
Ads
Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian… Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.
Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.
Ads
Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.
Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau…
كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَاْلأَمِيْرُ رَاعٍ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)
إِنَّ اللهَ سَائِلٌ كُلَّ رَاعٍ عَمَّا اسْتَرْعَاهُ أَحَفِظَ ذَلِكَ أَمْ ضَيَّعَ؟ حَتَّى يَسْأَلَ الرَّجُلَ عَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ. Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum tidur, selalu tak anda berborak-borak, lebih kurang pillow talk dengan pasangan? Atau letak je bantal di kepala, terus tidur. Begitulah mak-mak kan.
Tapi sebenarnya, pillow talk ini sangat membantu dalam hubungan suami isteri. Rasanya mesti macam-macam cerita yang nak diulas apa yang dilakukan sepanjang hari.
Namun, ada juga pasangan yang ambil mudah dan tak kisah tentang pillow talk ini, maklum sajalah, seharian sudah berceirta, bila dah mengantuk memang tak sempat nak bercerita pun.
Inilah salah satu cara untuk kita dan pasangan kekalkan momentum cinta. Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan ini.
Bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga dan sudah semakin kurang bercakap, ambillah peluang untuk ‘pillow talk’.
Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah lama, pengalaman manis dan pahit pasangan kita yang masih kita belum tahu.
Setahun ada 365 hari.
Kita berkahwin dengan pasangan pada usia pasangan 25 tahun.
Kebiasaannya manusia mula mengingati peristiwa sekitar usianya 5 tahun.
Ini bermakna ada 7,300 kisah pasangan yang boleh diceritakan (365 hari x 20 tahun).
20 tahun sebelum dia berkahwin dengan kita, pasti banyak kisah-kisah best yang masih belum dia ceritakan pada kita.
Itu belum dicampur lagi dengan kisah dia di tempat kerja, kisah anak-anak kita, kisah politik, kisah negara, dan macam-macam lagi.
Jadi terlalu banyak cerita yang boleh kita sembang dengan pasangan sebelum tidur.
Anda semua tahu kan, pillow talk ni adalah salah satu cara yang baik untuk kekalkan momentum cinta!
Mingguan Wanita : Betul sangat, tak perlu takut tak ada cerita tapi sebenarnya, pillow talk dengan pasangan tidak akan habis.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Dalam kebanyakan rumah tangga, kaum mak-mak memang mendambakan seorang pendengar yang baik. Setiap hari, cukup banyak cerita kaum isteri yang dia nak kongsi dengan suami.
Buka hanya soal anak-anak, tetapi macam-macam. Dan itu salah satu cara mak-mak hilangkan penatnya seharian. Maka, janganlah malas sangat nak melayan kaum isteri meluah.
Seperti yang Puan Nieza Termizikongsikan kali ini, isteri memerlukan pendengar yang baik walau suami buat-buat dengar.
Jadilah Pendengar Yang Baik
Suatu waktu dulu, saya pernah jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Dalam kesibukan hari-hari yang berlalu, waktu yg paling saya nanti-nantikan adalah kepulangan suami ke rumah dari tempat kerja.
Banyak topik yang saya akan bualkan. Dari cerita tentang perkembangan, perangai dan pencapaian anak sepanjang ketiadaannya (anak masih kecil masa tu), berkongsi berita yang saya dengar dan baca dari TV dan internet, bercerita tentang aktiviti seharian, maklumat baru yang dapat dr program TV, sampailah kepada gossip artis Jepun.
Dia hanya sekadar dengar, angguk dan respon sekali-sekala sahaja.
Ya begitulah..
Hakikatnya dalam rumahtangga kita perlu teman berbicara. Biar topik itu remeh sekalipun. Yang penting KOMUNIKASI. Memang benar ada suami yang tak minat nak berbual. Alasannya penat baru balik kerja. Nak berehat, nak tenangkan fikiran, nak tidur, nak main game dan nak ‘me time’.
Ketahuilah, isteri yang menghabiskan hampir kebanyakkan masa di rumah ada TERLALU banyak cerita yang mahu dikongsi bersama. Kadangkala bukan kerana ada banyak hal, tetapi kerana seharian tiada teman berbicara. Saya pernah ‘duduk’ dalam keadaan itu.
Biarlah Rumah Tangga Meriah Dengan Cerita Isteri
Jangan jadikan kebisuan mengisi ruang dalam rumahtangga kita. Jadilah pendengar yang baik. Isteri cerita kisah anak bukan kerana mahu mengadu anak nakal dan buat perangai. Isteri cerita tentang berita dunia bukan kerana dia nak jadi informer. Isteri sembang pasal artis bukan sebab nak jadi kaki gossip. Tapi, hanya nakkan seseorang pendengar yang dapat mendengarkannya.
Hebatkan Allah ciptakan lelaki dan perempuan
Seorang suka bercakap.
Seorang lagi suka mendengar.
Tapi kalau salah satunya tak ada kecenderungan ini, mungkin kita perlu perbaiki lagi hubungan kita.
Terima kasih kerana jadi pendengar yang baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita memang tidak dapat lari dengan air mata. Kadang-kadang perkara yang dianggap remeh pun, dia boleh mengalirkan air mata. Sensitif. Namun, ini tidak berlaku pada lelaki dan agak susah untuk melihat lelaki menitiskan air mata. Ada pun mungkin peristiwa yang menikam perasaan sehingga dia menjatuhkan air mata.
Begitu juga dalam rumah tangga, dalam tempoh perkahwinan itu, pernah tak, anda melihat pasangan anda menitiskan air mata? Hanya yang kelihatan adalah air mata isteri sahaja. Mahalnya air mata suami. Jom, kupas lebih lanjut tentang air mata lelaki ini bersama Puan Asniza Mamat, Pegawai Psychologi Kanan, Pusat Asasi UIA.
Isteri Kena Faham, Suami Pun Menangis
Hati Sudah Terguris
Ketahuilah, apabila suami menangis, itu tandanya dia sudah buntu, lemas, tersepit dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Jika hati mereka terguris dengan kata-kata yang terlalu tajam dan penghinaan juga mampu membuat mereka menangis terutama dari seorang isteri.
Tawan Hati Suami
Bagi isteri, jika sifat diri membuatkan jatuhnya air mata suami, segeralah memohon maaf kerana maaf itu adalah ‘master eraser’.
Berbincanglah dari hati ke hati dengan matlamat kebaikan bersama bukan untuk menang atau mencari salah. Lelaki suka bila dirinya didahulukan dan diutamakan. Sesuai dengan fitrah seorang ketua keluarga.
Nasihat Untuk Isteri
Sebagai isteri perlu belajar memahami suami, bagaimana didikannya, tahap pengetahuannya dan suai padankan bagaimana peranan yang perlu dimainkan isteri agar mampu menjadi pasangan yang didambakan bukan menghambarkan.
Sesekali bagi ruang tersendiri buat suami, usah terlalu bergantung dan jangan juga terlalu berdikari, ada ketikanya suami ingin rasa diperlukan dan diharapkan, ada ketika juga suami ingin melihat bijaknya isteri kendali keadaan.
Jadilah pendengar yang penyejuk hati, ketika dia hilang semangat, tiupkan semangat buat dirinya dan ketika dia kehilangan kata kata, berikan dia buah fikiran yang bijak penuh kasih sayang.
Perlu memperlihatkan pada suami dia penting dalam hidup kita, ingat hari lahirnya, bantu rutin hidupnya dan doakan kesejahteraannya sentiasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...