Orang cakap, melentur buluh biar dari rebungnya. Bukan saja dari segi perangai atau sikap anak itu saja tapi ia juga berkaitan dengan menutup aurat. Mak ayah kena biasakan dari kecil dalam hal-hal mengenakan tudung untuk menutup aurat.
Ada sesetengah mak ayah rasa kasihan sebab anak masih kecil dan belum cukup umur. Namun, tidak salah pun kalau maka ayah nak biasakan dari kecil. Jangan sampai bila dah besar, baru nak suruh. Masa itu memang agak susah dan mencabar untuk mak ayah nanti.
Ingat, nak didik anak, baik perempuan mahu pun anak lelaki caranya berbeza. Lebih-lebih lagi bila ada anak perempuan, bab-bab jaga aurat sangat penting. Bila dah biasakan dari kecil, secara tak langsung anak akan rasa malu bila keluar tanpa mengenakan tudung. Percayalah. Itu untuk ajar anak perempuan, kalau untuk anak lelaki lain pula caranya.
Perkongsian daripada ibu muda kepada 7 orang anak perempuan ini boleh dijadikan panduan untuk kita. Mungkin ada mak-mak pun berpendapat sebegini. Sekurang-kurangnya, kita ajar anak perempuan dan biasakan dari kecil untuk menutup aurat.
Biasakan Dari Kecil – Tip Ajar Perempuan Anak Pakai Tudung
Sebenarnya tiada tip gempak mana pun. Saya cuma nak kongsi sedikit sebanyak dari pengalaman saya mama kepada 7 anak perempuan.
Ads
Jom kongsi untuk yang ada anak perempuan..
PERTAMA
Pakaikan tudung seawal umur mereka. Beli la saiz yang bersesuaian dengan mereka. Tapi saya beli saiz sama jer untuk 6 orang anak saya sebab beza umur diaorang lebih kurang saja.
KEDUA
Paling penting konsisten suruh pakai setiap kali keluar rumah. Konsisten sangat penting. Lagi-lagi masa awal nak ajar mereka . Biasanya anak keluar saja wajib pakai. Jangan onn off pulak. Ahamdulillah mesti boleh punya..
KETIGA
Masa ajar tu bagitau mereka pakai tudung bukan mama dan papa yang suruh pakai, tapi Allah SWT yang suruh pakai.
KEEMPAT
Untuk yang dah besar terapkan dan terangkan dengan siapa kena tutup aurat. Kalau yang no 6 tu tak paham sangat sebab masih kecik. Pening pulak kalau diterangkan banyak pada dia nanti. Yang penting keluar rumah kena sarung tudung dan yang dah besar boleh dah ajar. Dengan sepupu kena tutup aurat dan lain-lain.
KELIMA
Masa nak shopping tudung untuk anak, saya akan tanya mereka jenis mana dan color apa yang mereka suka. Tapi perangai saya memang suka beli sama, sedondon.
Ajarilah anak-anak anda dari mereka kecil. Dari umur mereka tak pandai argue lagi kenapa kena pakai tudung. Bila dah tahap mereka banyak persoalkan macam-macam, masa itu dah mencabar untuk mereka konsisten pakai.
Serius cakap bila sesuatu perkara sudah sebati dengan mereka. Kita tak perlu nak suruh dan paksa-paksa dah.
Ads
Sekarang semua anak perempuan saya semua dah lekat berTUDUNG..alhamdulilah
Nanti ada rezeki BOBOI ke 8,9,10 pakai kopiah pulak.
MW: Moga bermanfaat untuk mak ayah di luar sana. Panduan yang baik untuk mak ayah yang ada anak perempuan.
Pernah tak kita berkata dalam hati, ‘belum ada rezeki…tak ada rezeki la…’ dan macam-macam lagi. Kita tak tahu rezeki yang Dia bagi boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Kadang-kadang, ada kawan yang belanja kita pun dikatakan rezeki juga. Jangan ingat rezeki yang kita dapat itu dalam bentuk atau jumlah yang banyak. Sedangkan diberi kesihatan yang baik dan keluarga yang sihat pun adalah rezeki. Bersyukurlah.
Sedekah Subuh, Amalkan
Perkongsian daripada Najaha Nasarath dalam teknik menjemput rezeki datang pada kita.
1. Amalkan Surah Al- fatihah. Ayat ke-5 very powerfull.
“ Tuhan tempat aku menyembah dan meminta pertolongan “
2. Surah Al-ikhlas. Ayat 1 & 2
“ katakanlah Dia – Yang Maha Esa”
“ Tuhan Tempat aku meminta Sesuatu
3. Teknik berdoa yang betul.
– Banyakan Memuji Allah pada permulaan
– Selawat kepada Nabi Muhammad SAW
– Doakan ibu bapa kita dulu
– Nak doa dan hajat kita di kabulkan Allah, Doakan untuk orang lain. Insya Allah apa yang kita nak mudah je terkabul
4. SEDEKAH SUBUH
– Berapa jumlah kita masukkan tidak penting
– Yang Allah pandang dan lebih penting adalah konsisten sedekah setiap hari walaupun kita masukkan cuma RM 1.00 .
– Selepas tu jangan korek beli maggi samyang pulak.
– Kene jujur. Hari jumaat duit yang terkumpul tu boleh disedekahkan ke saluran yang betul.
Ingat ni. Rezeki datang sebab 3 perkara:
1. Sebab kita usaha
2. Sebab Allah nak beri
3. Sebab kita pernah memberi
Jadi, buatlah ke tiga-tiganya. Insya Allah berlipat kali ganda yang hadir nanti.
Aamiin.
Pilihan ubat gigi anak yang kerap kita guna adalah niat untuk memutihkan dan menguatkan kesihatan gigi anak tetapi bila semak perkongsian dari seorang wanita Nabilah Yazid ini, risau pula jadinya! Rupanya terselit juga kandungan paraben yang viral baru-baru ini dikatakan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Nak tahu lebih, jom semak!
Paraben ni..
Excellent preservative Tapi sejenis endocrine distruptor Boleh mimic estrogenic activity Boleh ditemui dalam sel kanser payudara
Dan… Produk kanak-kanak! Serius terkejut bila belek label ubat gigi kodomo sempena kempen ditch-and-switch aromah…
Patutlah ubat gigi anak ada label ‘not for swallowing’! Tapi ada budak-budak kisah? Yang pastinya sedap, lagi dia nk telan!! So mak pak kenalah cari alternatif yang lebih selamat. Hok kidscent punya is paraben-free, taste really nice, and made with essential oils yg ada seed-to-seal guarantee… Kalau nak tengok gigi cantik, boleh tengok gigi khaulah haha… Dia pakai ubat gigi nih dari umur setahun lebih!
NOTA:
Sejauh mana kebenaran bahaya paraben dalam ubat gigi anak, mohon ada yang sudi jelaskan agar semua pihak boleh bertenang dan tak risau kesannya pada anak-anak kecil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai yang mengetahui bahawa pengambilan vaksin merupakan salah satu ikhtiar dalam usaha mengurangkan risiko kesan jangkitan COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia. Namun demikian ada juga sesetengah individu yang tidak mempercayai vaksin malah menghalang pasangan daripada mengambilnya.Situasi ini pastinya menimbulkan dilema, atas dasar ketaatan pada suami serta hak keperluan diri untuk dilindungi dari kemudharatan wabak.
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-606: HUKUM ISTERI MENGAMBIL VAKSIN TETAPI DILARANG SUAMI
SOALAN
Assalamualaikum Datuk. Saya nak Vaksin tapi suami saya tak izinkan langsung, sebab saya isteri dia kena dengar kata dia dalam undang-undang perkahwinan. Macam mana saya nak defend diri saya? Saya sedih.
RINGKASAN JAWAPAN
Dalam Islam adalah menjadi kewajipan seorang isteri untuk mentaati suami. Manakala vaksinisasi pula adalah satu bentuk penjagaan dari mendapat sesuatu penyakit yang mana dalam situasi sekarang ia untuk menjaga dari dijangkiti COVID-19 yang boleh mengancam nyawa. Dalam keputusan muzakarah MKI menyatakan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
Manakala pihak pemerintah pula telah menjalankan program vaksinisasi besar-besaran di seluruh negara maka sepatutnya ia diambil cakna oleh setiap rakyat untuk menyambut baik usaha-usaha ini. Untuk menjaga kerukunan rumah tangga isteri sebaiknya berbincang dengan suami dalam perkara ini, begitu juga pihak suami tidak seharusnya menghalang pihak isteri untuk mengambil vaksin lebih-lebih lagi itu adalah hak isteri untuk mendapat kaedah penjagaan yang sebaiknya daripada jangkitan COVID-19 berdasarkan pandangan pakar.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Sistem kekeluargaan Islam sangat memberi penekanan dalam aspek tanggungjawab atau hak-hak antara suami dan isteri. Suami isteri mesti bertanggungjawab dalam memastikan segala hak tersebut dilaksanakan dengan baik.
Hal ini kerana, sebarang bentuk pengabaian terhadap hak dan tanggungjawab boleh menyebabkan keruntuhan dan kecelaruan berlaku dalam rumah tangga. Islam memberi penekanan yang jelas dalam perkara ini. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).”
Surah al-Baqarah (228)
Imam al-Thobari dalam menjelaskan ayat di atas, beliau menukilkan kata-kata al-Dhahhak bahawa jika para isteri taat kepada Allah dan para suami mereka, maka suami perlu berkelakuan baik serta bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dengan sebaik mungkin.
(Rujuk: Jaami’ al-Bayan li al-Thobari, 4/531)
Selain itu, kesihatan dan keselamatan isteri merupakan hak yang wajib dipelihara oleh suami. Hal ini kerana aspek ini merupakan suatu tuntutan syarak dan maqasid syariah, bahkan ia berada dalam kategori al-Dharuriyyat al-Khamsah yang wajib setiap individu memeliharanya. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali R.H di dalam kitabnya:
Maksudnya: “Dan tujuan Syari’at itu ada lima, iaitu: untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mereka.”
(Rujuk: al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul, 174)
Gambar hiasan
Kepentingan Memelihara Nyawa
Memelihara nyawa merupakan prinsip yang kedua terpenting mengikut urutan keutamaan untuk dijaga selepas memelihara agama. Justeru, Ikhtiar perubatan adalah bertujuan untuk memelihara nyawa termasuklah mengambil vaksin. Tambahan pula, dalam keadaan wabak yang semakin kritikal adalah satu keperluan untuk seseorang itu mendapat vaksin bagi mencegah jangkitan COVID-19.
Perkara yang perlu difahami ialah ketetapan oleh pihak kerajaan berdasarkan pandangan pakar-pakar yang dipercayai telah memutuskan untuk mengambil kaedah vaksinisasi sebagai langkah pencegahan dalam menangani wabak COVID-19.
Bagi kita sebagai seorang Muslim, Islam telah mengajar supaya merujuk kepada pakar dalam bidangnya. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
Surah al-Nahl (43)
Sebagaimana umat Islam dituntut agar memelihara lima perkara teras dalam kehidupan seperti agama, nyawa, akal, harta dan maruah. Oleh yang demikian, sebagai Muslim perlu menjaga kesihatan tubuh badan agar memelihara kelangsungan hidup berpanjangan. Lebih-lebih lagi apabila keadaan dunia dilanda dengan wabak yang berbahaya sehingga membawa kepada kematian.
Oleh itu, kita perlu mencegah diri kita daripada terkena dengan wabak tersebut dengan cara yang ditetapkan oleh pemerintah seperti pematuhan SOP dan pengambilan vaksin yang dapat mengurangkan kebarangkalian dijangkiti wabak COVID-19 yang sedang melanda. Hal ini kerana kaedah fiqh yang masyhur ada menyatakan bahawa:
الضرر يُزَال
Maksudnya: Kemudaratan itu disingkirkan.
(Rujuk: Al-Asybah wa al-Nazhoir, al-Subki, 1/41)
Berdasarkan kaedah fiqh ini, Syeikh Mustafa Al-Zarqa ada menyatakan bahawa sesuatu kemudaratan itu WAJIB dihilangkan atau disingkirkan. Kaedah ini berkaitan dengan kemudaratan dari sudut larangan melakukannya dan kewajipan mencegah dan menyingkirkannya setelah ianya berlaku.
(Rujuk: Syarah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, 179)
Oleh itu, sekiranya terdapat sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap diri dan nyawa individu seperti wabak virus maka perlulah disingkirkan dan dihilangkan. Antaranya adalah dengan mengambil langkah berhati-hati terhadap sesuatu bahaya yang bakal menimpa seperti pengambilan vaksin yang turut termasuk dalam cara menyingkirkan kemudaratan daripada menimpa seseorang individu.
Oleh yang demikian, pengambilan vaksin ini selari dengan kaedah fekah ini. Sebaliknya, perbuatan meninggalkan pengambilan vaksin yang boleh memberikan kemudaratan jangkitan terhadap seseorang individu adalah tindakan yang bertentangan dengan kaedah fekah tersebut.
Justeru itu, sekiranya terdapat dakwaan bahawa vaksin ini akan memberikan kesan sampingan kepada individu yang menggunakannya, maka mudarat ini tidak sebesar jika dibandingkan dengan mudarat tidak mengambil vaksin secara total.
Hal ini selari dengan kaedah yang menyatakan apabila bertembung dua mafsadah atau keburukan maka kita lakukan mafsadah yang lebih ringan kesannya. Hal ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibnu Nujaim:
Maksudnya: Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.
(Rujuk: Al-Asybah wa al-Nazhair, Ibn Nujaim, 76)
Syeikh Mustafa Al-Zarqa’ memperincikan kaedah tersebut bahawa maksud meraikan kemudaratan yang paling berat diantara kedua-dua mudarat itu adalah dengan cara membuangnya (meninggalkannya). Hal ini kerana segala kemudaratan dipertimbangkan untuk kita mengelak dari melakukannya sepertimana segala kebaikan dipertimbangkan untuk kita melaksanakannya.
(Rujuk: Syarah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 201)
Dalam isu vaksin ini sekiranya benar terdapat kesan-kesan sampingan seperti demam-demam kecil dan seumpamanya, maka pengambilannya tetap diteruskan kerana ia bertujuan untuk mengelakkan kesan mudarat yang lebih besar yang bakal berlaku sekiranya ia tidak diambil seperti jangkitan wabak COVID-19 berskala yang lebih besar lagi.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas adalah jelas tentang keperluan untuk menyambut usaha kerajaan ini dengan sebaiknya. Manakala dari sudut hubungan antara suami dan isteri pula adalah menjadi kewajipan seorang isteri untuk mentaati suami. Manakala vaksinisasi pula adalah satu bentuk penjagaan dari mendapat sesuatu penyakit yang mana dalam situasi sekarang ia untuk menjaga dari dijangkiti COVID-19 yang boleh mengancam nyawa.
Dalam keputusan muzakarah MKI menyatakan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
Manakala pihak pemerintah pula telah menjalankan program vaksinisasi besar-besaran di seluruh negara maka sepatutnya ia diambil cakna oleh setiap rakyat untuk menyambut baik usaha-usaha ini.
Untuk menjaga kerukunan rumah tangga isteri sebaiknya berbincang dengan suami dalam perkara ini, begitu juga pihak suami tidak seharusnya menghalang phak isteri untuk mengambil vaksin lebih-lebih lagi itu adalah hak isteri untuk mendapat kaedah penjagaan yang sebaiknya daripada jangkitan COVID-19 berdasarkan pandangan pakar.
Mingguan Wanita :Semoga perkongsian ini memberi penjelasan bahawa penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus. Pihak suami tidak seharusnya menghalang isteri untuk mengambil vaksin kerana adalah hak isteri untuk mendapat kaedah penjagaan yang sebaiknya daripada jangkitan COVID-19 berdasarkan pandangan pakar.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...