Nak Anak Jadi ‘Penyejuk Hati’ Mak Ayah, Baca Doa Ini, Tiup Pada Ubunnya

Share

Selalunya sebagai mak ayah tentunya kita mengharapkan anak-anak menjadi penyejuk hati kita. Perangai baik-baik, menjadi anak yang soleh dan solehah. Itulah harapan yang sentiasa tersemat dalam diri mak ayah.

Namun, nak anak jadi penyejuk hati idak dengan hanya menyuruh itu dan ini. Mak ayah pun kenalah sentiasa tunjuk teladan yang baik. Paling penting adalah dengan berdoa. Doa mak ayah tidak hijabnya.

Selain itu, masa anak kecil, cubalah mak ayah amalkan doa-doa ini dan tiuplah di ubun anak. Dikatakan ubun inilah yang akan terus bawa ingatan ke otak.

Ikuti perkongsian daripada Aminah Mat Yusoff. Katanya amalan doa ini telah dilakukan oleh arwah ayahnya pada dia dan adik-beradik lain. Moga ia memberi manfaat pada kita semua.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Walaupun Mak Garang & Suka Bebel, Tapi Setiap Anak Sentiasa Dalam Doanya

Mak Ayah Bukanlah Sempurna Tapi Cara Didikannya Jadikan Kita ‘Manusia’ Berguna

Info Lebih Menarik DI SINI

Penyejuk Hati, Amalkan Doa Ini

Selalu baca doa ini dan tiup ubun-ubun anak, moga menjadi anak soleh dan solehah.

1. Arwah ayah selalu buat pada saya dan adik beradik. Mulanya saya tak tahu kenapa orang tua selalu baca doa dan tiup ubun-ubun. Tapi bila ayah selalu buat macam tu kita rasa sangat disayangi, dilindungi dan erat hubungan.
2. Baca Surah al-Fatihah dan hembus ubun-ubun anak sebelum tidur. Niat sedekahkan kepada roh, agar jiwa dan emosi anak sentiasa terisi dengan kebaikan, membesar bagai juara.

3. Doa untuk anak-anak sepertimana doa Rasulullah S.A.W. kepada Abdullah Ibnu Abbas:
Bacakan doa ini kepada anak-anak di ubun kepala saat mereka sedang tidur atau doakan saat mereka bersama kita.

“Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimhuttakweel.”

“Ya Allah, berilah kefahaman tentang agama (Islam) kepadanya dan kurniakanlah ilmu tentang takwil (tafsiran dan pemahaman alQuran).”

اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل

Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama dan ajarkanlah dia Takwil (menafsir Al-Quran).”

[Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.]

Atau menurut Ustaz Zahazan, boleh juga baca
“Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimuhul hikmah (ilmu pengetahuan)”

3. Doa ketika anak sedang makan
Gosok lembut kepala anak, tekapkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepalanya dan baca doa;

” Ya Allah berkatilah setiap butir nasi yang masuk ke perut anakku ini, jadikanlah dia sebagai rezeki yang diberkati dan diredhai oleh MU.

4. Sejukkan hati dengan melihat mata anak-anak, senyuman mereka dan doakan;

” Ya Allah.. Peliharalah anakku sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang Soleh dan Solehah.

Anak kita, akan hidup di dunia yang lagi mencabar. Santuni dan kasihi mereka hari ini agar ia membesar sebagai pemilik jiwa yang tenang.

Mingguan Wanita : Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin.

Sumber: Aminah Mat Yusoff

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora