Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, mempunyai pembantu rumah bagaikan satu ‘keperluan’ untuk membantu kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak. Jika pernah ada pengalaman mengambil pembantu rumah asing sebelum ini, pasti tahu kesukaran yang dihadapi. Proses pengambilan yang lama, kos yang tinggi serta karenah agen dan pelbagai masalah lagi.
Mungkin ramai lagi antara kita yang tak tahu, bahawa pembantu rumah asing kini boleh dibuat permohonannya secara terus menerusi online.
Sistem Maid Online (SMO), oleh Jabatan Imigresen Malaysia telah beroperasi sejak 1 Januari 2018. Ia mempercepatkan proses pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kepada hanya 10 hari berbanding memakan masa yang lama sebelum ini. Malah ia tanpa melalui agen, proses yang lebih mudah,menjimatkan masa dan kos buat majikan.
Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Sistem Maid Online (SMO) ini.
Langkah 1 hingga 3 dilakukan oleh majikan
1.Pendaftaran dalam talian bagi majikan (Daftar Masuk). Aplikasi Permohonan Online di maid-online.imi.gov.my
2.Login masuk, daftar majikan dan maklumat PRA
3.Muat naik keputusan FOMEMA
Langkah 4 hingga 9 oleh Jabatan Imigresen
4.Muat naik dokumen dan hantar permohonan
5.Semakan dokumen
6.Kelulusan
7.Notifikasi keputusan
8.Bayaran secara dalam talian
9.Cetakan PLKS
Nota Penting: Sebaik sahaja permohonan penggajian PRA lulus dan majikan sudah membuat pembayaran, majikan perlu hadir ke Jabatan Imigresen bersama PRA mereka bagi penggambilan data biometrik.Pihak Imigresen seterusnya akan mengeluarkan PLKS dan i-Kad (kad identiti pekerja asing mengikut sektor) kepada PRA.
Prosedur permohonan oleh majikan termasuk keputusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) dijangka mengambil masa 3 hingga 5 hari manakala proses oleh Jabatan Imigresen mengambil masa maksimum 5 hari.
1.Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan.
2.Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut:
1. Indonesia
2. Filipina
3. Sri Lanka
4. Thailand
5. India
6. Laos
7. Nepal
8. Vietnam
9. Kemboja
3.Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan.
4.Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.
1.Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
2.Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:
3.Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas.
4.Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja.
5.Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM 3,000 hingga RM 5,000 (mengikut negara sumber).
6.Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa.
7.Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.
8.Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.
Majikan berikut TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:
1. Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa.
2. Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja; atau
3. Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja dan
Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.
1.Permohonan PRA menjadi lebih cepat dan jimat kerana boleh dilakukan dalam masa singkat jika tiada sebarang masalah, berbanding mengambil masa berbulan, malah bertahun sebelum ini.
2.SMO juga lebih tepat kerana majikan akan memasukkan sendiri maklumat dan perincian peribadi dan PRA yang mahu digaji berbanding oleh ejen sebelum ini.
3.Kos yang lebih murah iaitu hanya RM1,635 berbanding RM12,000 hingga RM18,000 sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Sistem Maid Online (SMO) atau sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pembantu Rumah Asing Online boleh berhubung terus melalui :-
No Tel : 03-88801468 (call centre Unit Pembantu Rumah Asing)
Email : admin_maidonline@imi.gov.my
No Tel : 03-88801555 (Bilik Gerakan JIM) (8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam – Setiap Hari)
Soalan Lazim Pengambilan Pembantu Rumah Asing (FAQ)
Alamat:
Unit Pembantu Rumah Asing,
Jabatan Imigresen Malaysia,
No.15, Tingkat 2 (Podium),
Persiaran Perdana, Presint 2,
62550, Putrajaya
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Diharap dengan adanya sistem Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online ini memudahkan urusan para majikan serta menjimatkan kos serta masa pengambilan.
Sumber: Sistem Maid Online (SMO) & Permohonan.my