Rupanya bila nak anak pandai menulis dengan baik bukan sekadar kena biasakan dengan pensil.Mak ayah sebenarnya kena beri perhatian dahulu pada 3 kemahiran penting ini menerusi aktiviti-aktiviti yang sesuai.Latih dan ajar anak menulis ini boleh dilakukan seawal usia tiga tahun.

Ilmu ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim yang merupakan seorang Speech-Language Pathologist.

Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan.

Macam Mana Melatih Kemahiran Awal Menulis

Bila nak ajar kanak-kanak menulis kita bukanlah perlu terus bagi pensil pada anak dan expect anak boleh menulis dengan baik.Ada kemahiran-kemahiran yang perlu kita lihat untuk membolehkan anak-anak menulis dengan baik. 3 perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah:

1. Pegangan Tripod

Skill ni bermula seawal 3 tahun.
Tripod – maksudnya menggunakan 3 jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah

Untuk melatih skill ni, anda boleh buat aktiviti-aktiviti seperti berikut:

IKLAN
  • Beri makanan pada anak seperti bijiran / kekacang sebiji-sebiji.
  • Gunakan garfu untuk cucuk buah / lain-lain.
  • Mengutip manik dari atas lantai.
  •  Memasukkan syiling dalam tabung

2. Kekuatan Otot & Koordinasi Tangan

Skill ni bermula seawal 3 tahun.
Skill ni penting untuk kawalan pergerakan pensil, jadi tulisan anak akan jadi lebih stabil dan cantik. Anak pun tak cepat penat bila menulis lama.

Contoh-contoh aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:

  • Memulas paip air untuk tutup / buka.
  • Memusing kunci pada tombol pintu.
  • Menyepit baju di ampaian.
  • Memasang butang / zip.
  • Menguli playdough / menekan playdough.

3. Koordinasi Bilateral

Skill ni bermula seawal 4 tahun.
Skill ni penting untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan efisyen dari kanan kekiri atau kiri kekanan.

IKLAN

Contoh aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah seperti aktiviti lacing menggunakan 2 tangan seperti:

  • Masukkan tali dalam straw, masukkan benang dalam manik dan lain-lain.
  • Melipat pakaian.
  • Mengemas cadar pada katil

Jadi pada peringkat awal, banyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh melatih ketiga-tiga skill ni.Nanti bila anak dah ready untuk menulis dah senang dah.Biasanya mereka terus dapat je skill menulis dengan baik.

IKLAN

Selamat mencuba.

Nak Ajar Anak Menulis Dengan Baik, Mak Ayah Kena Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu

Semoga bermanfaat, kongsikan juga ilmu ini buat mak ayah yang lain.

Sumber: Aishah Kassim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI