Najwa Latif Nikah “Wah Terkejut! MasyaAllah Tahniah. Moga Jadi Isteri Solehah & Bahagia Hingga Ke Syurga”

Share

Najwa Latif nikah. Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal Najwa Latif yang baru saja menaikkan status di akaun Instagramnya menyatakan dia sudah selamat bernikah.

Pengumuman tersebut ternyata mengejutkan para peminat Najwa.

Najwa Latif Nikah

Rupa-rupanya dalam diam, Najwa menyemai perasaan cinta bersama kekasih hati pilihannya, Akwa Ariffin. Kekasih hati Najwa juga merupakan seorang penyanyi.

Pasangan ini telah selamat bernikah dengan sekali lafaz pada jam 8:30 pagi Jumaat.

Kedua-duanya kelihatan begitu berseri-seri mengenakan pakaian putih sedondon. Malah menerusi hantaran sekeping gambar kelihatan Najwa begitu ceria di samping suami tercinta. Pasangan sejoli ini juga tersenyum girang di atas pelaminan.

Majlis Nikah Berjalan Lancar

Menurut kakak Najwa, Syafika Latif, majlis pernikahanan adiknya berjalan lancar.

“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,”ujar Syafika.

Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat itu diadakan di Batu Pahat, Johor.

Difahamkan, majlis persandingan akan berlangsung pada petang ini di lokasi yang sama.

Baca Disini : “Awal Bernikah, Sukar Dekati Isteri, Buat Silap Mudah Dingin” Jalaluddin Puji Kesabaran, Kesetiaan Rapidah

‘Sebelum Kahwin, Ke Mana Pasti Keluarga Hantar.’ Selepas Nikah, Kecil Hati Suami Suruh Berdikari

“Moga Sampai Syurga” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang terkejut apabila Najwa mengumumkan dirinya sudah bernikah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita : Tahniah Najwa dan pasangan.

Sumber Foto : Instagram Najwa Latif

 RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh