Najwa Latif nikah. Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal Najwa Latif yang baru saja menaikkan status di akaun Instagramnya menyatakan dia sudah selamat bernikah.
Pengumuman tersebut ternyata mengejutkan para peminat Najwa.
Najwa Latif Nikah
Rupa-rupanya dalam diam, Najwa menyemai perasaan cinta bersama kekasih hati pilihannya, Akwa Ariffin. Kekasih hati Najwa juga merupakan seorang penyanyi.
Pasangan ini telah selamat bernikah dengan sekali lafaz pada jam 8:30 pagi Jumaat.
Kedua-duanya kelihatan begitu berseri-seri mengenakan pakaian putih sedondon. Malah menerusi hantaran sekeping gambar kelihatan Najwa begitu ceria di samping suami tercinta. Pasangan sejoli ini juga tersenyum girang di atas pelaminan.
Majlis Nikah Berjalan Lancar
Menurut kakak Najwa, Syafika Latif, majlis pernikahanan adiknya berjalan lancar.
Ads
“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,”ujar Syafika.
Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat itu diadakan di Batu Pahat, Johor.
Difahamkan, majlis persandingan akan berlangsung pada petang ini di lokasi yang sama.
Nota penting bagi mak-mak yang memiliki akaun dan ada menyimpan di Lembaga Tabung Haji (TH), mohon aktifkan kembali akaun tersebut. Ini kerana bermula 9 Jun depan, akaun pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak aktif melebihi tujuh tahun akan dipindahkan ke kumpulan `Akaun Tidak Aktif’ yang tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018.
500,000 Akaun Pendeposit Tidak Aktif
Tabung Haji dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehingga kini pihaknya sudah mengenal pasti hampir 500,000 akaun pendeposit tidak aktif dengan jumlah simpanan sebanyak RM62.8 juta.
Menurut Tabung Haji, inisiatif pengelasan `Akaun Tidak Aktif’ adalah sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi mencurigakan.
“Pendeposit boleh mengaktifkan akaun dengan melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi atas talian rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan membuat urusan simpanan di pelbagai saluran ejen kutipan Tabung Haji sebelum 8 Jun,” katanya.
Kemaskini Maklumat
Dalam kenyataan itu juga, Tabung Haji menasihatkan pendeposit untuk membuat pengemaskinian profil seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris untuk memudahkan TH menghubungi bakal haji bagi urusan surat penghantaran tawaran haji serta pengurusan harta oleh waris.
Katanya, jika Tabung Haji tidak dapat menghubungi pendeposit, bakal haji berkemungkinan akan terlepas giliran haji pada tahun berkenaan dan perlu menunggu tahun yang seterusnya untuk mengerjakan ibadah haji.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-62071919.
Jadi jangan lupa, lakukan sekurang-kurangnya satu transaksi agar akaun ini kekal aktif dan terus mendapat agihan hibah mahupun agihan haji daripada Tabung Haji.
Isteri kena dera suami meninggal dunia, jiran dedah pasangan kerap bergaduh. Seorang isteri menjadi mangsa keganasan rumahtangga apabila didera hingga meninggal dunia.
Menyedihkan, suaminya berpangkat Dato dan berdarah Pakistan telah melarikan diri selepas menghantar wanita ini ke sebuah hospital swasta selepas membelasah isterinya. Namun sebaik mendapat tahu isterinya meninggal, lelaki dikenali sebagai Mohamed Imran bin Mohamed Yunos telah melarikan diri dan kini dalam buruan pihak berkuasa.
Isteri Kena Dera Suami Meninggal Dunia
Difahamkan arwah telah dibelasah oleh suaminya sehingga tidak sedarkan diri. Hasil pemeriksaan pegawai perubatan, terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh tubuh mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.
Dalam pada itu, hasil perkongsian individu di fbnya, Azmierawatie Hazlienda Musa yang juga adik kepada arwah telah berkongsi wajah lelaki pendera ini untuk diviralkan kepada orang ramai selepas kematian kakaknya terjadi.
Tulisnya, “salam mohon jasa baik semua tolong sebarkan bagi menjejaki suspek utama penyebab kematian ke atas kakak saya Azween Noor binti Alias. Suspek Mohamed Imran bin Mohamed Yunos, adalah suami mangsa. Kes kini di bawah siasatan pihak polis. Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek boleh la menghubungi saya di talian 0192336310.
Jiran Dedah Pasangan Kerap Bergaduh
Perkongsiannya ini ternyata menarik minat kenalan fbnya yang memaklumkan pasangan ini satu tingkat dengan kediamannya dan dipercayai kerap bergaduh hingga dia pernah melaporkan kepada pihak pengurusan kediaman.
“Dulu dia orang stay Evo kan? Sma level dengan unit saya stay. Selalu dengar dia orang gaduh dan dengar macam berlaku keganasan rumah tangga tapi tak berani nak buat apa-apa. Saya mampu report dekat security dan management je. Polis pun pernah datang tapi lepas tu dia orang pindah.
Dalam pada itu memetik laporan Harian Metro, adik kandung arwah Azmir Alias, 37 memaklumkan, arwah tidak pernah bercerita mengenai masalah rumahtangga. Malah mereka juga jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing.
Azmir adalah adik kepada Azween Noor, 38, yang maut dipercayai didera suaminya di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang, Ahad lalu.
Azmir berkata, kali terakhir keluarganya bertemu dengan arwah adalah pada Aidilfitri lalu dan arwah tidak bercerita yang dia didera.
“Arwah memang seorang yang pendiam, dia bercakap apabila perlu sahaja, dia tidak pernah bercerita soal rumah tangganya. Ada dia beritahu mengenai suaminya yang kerap kerja di luar kawasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, keluarga juga tidak pernah bertemu dengan suaminya (suspek) sejak arwah melangsungkan perkahwinan enam tahun lalu.
“Suaminya tidak membenarkan arwah ke rumah ibu, kami juga pelik dengan sikap lelaki itu. Pernah satu ketika ibu ke rumah arwah namun dihalau lelaki terbabit menyebabkan sehingga kini ibu tidak pergi ke rumah arwah,” katanya.
Katanya, arwah meninggalkan dua cahaya mata berusia enam dan tiga tahun yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kami sekeluarga ingin membuat permohonan untuk menjaga kedua-dua anak arwah,” katanya.
Semalam, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Imran Mohamed, 32, yang beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.
Lelaki terbabit dipercayai suspek dalam kejadian mendera isterinya sehingga mati sebelum dihantar ke hospital. Wanita terbabit dihantar suaminya ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, lelaki itu menghilangkan diri.
Walaupun sudah bercerai dan masing-masing membawa haluan sendiri, namun ramai mengetahui pertelingkahan antara Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta masih berlarutan terutamanya soal nafkah anak. Siang tadi, Elly atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Kakak Lina’ada memuat naik sebuah video meluahkan rasa syukur apabila pihak mahkamah menolak tuntutan bekas suami untuk memenjarakannya atas alasan yang dirasakan tidak munasabah. Manakala menerusi kapsyen pula, Elly meluahkan segala yang terbuku di hati dan tuduhan bekas suaminya bahawa Elly adalah seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.
Berikut adalah luahan dan cerita yang ditulis Elly:
Assalamualaikum semua
Alhamdulillah di bulan yang Mulia kakak lina dapat keadilan.
Syukur Alhamdulillah
Mahkamah tolak tuntutan Azmi Hatta untuk penjarakan kakak lina. Salah satu alasan Azmi Hatta adalah , azmi kata kakak lina mama yang tidak bertanggungjwb kepada Sefhia.
Azmi Hatta sangat kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dengan manja. Tak tahu la bila agaknya Azmi Hatta nak move on. Sepatutnya ikut akal logik, kakak lina la yang lebih patut berdendam sebab Azmi Hatta dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura. Kalau nak dibandingkan dengan kakak lina selepas bercerai sampai sekarang belum bernikah, hanya ada Sefhia dan menjaga abah. Mama dah meninggal.
Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak habis nak seksa dan kacau kehidupan kami 3 beranak.Ini dugaan untuk kakak Lina.InsyaAllah kakak lina tak akan mengalah.
Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan untuk meminta pihak produksi yangg Azmi Hatta sedang bekerja untuk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji Azmi Hatta setiap bulan untuk pembayaran nafkah sefhia yang hanya RM1500.
Azmi Hatta wajib memberi nafkah kepada sefhia. Kakak Lina bersyukur dan kakak lina mampu sara sefhia dengan rezki yang Allah bagi ni, InsyaAllah ..cuma kakak lina nak Azmi Hatta bertanggungjawab kepada sefhia .. tu duit sefhia, hak dia.
Moga kisah kakak lina menjadi iktibar buat semua. Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak lina yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali..syukur rezeki kita.
Buat Azmi Hatta Nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. tapi bayarlah nafkah anak.
Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak lina tak dapat.. duit Iddah selepas bercerai pun tak dapat ..tapi kakak lina tak kisah , kakak lina halal kan. Tapi duit manja kau jangan buat hal ye .. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau , baru kau tau.
Mingguan Wanita doakan semoga pertelingkahan ini dapat diselesaikan secara baik. Buat para suami, ingat iya walaupun dah bercerai jangan sesekali abaikan nafkah untuk anak. Ia adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh dilepas tangan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...