Najman Positif Covid-19 tahap 4, begitulah perkembangan terkini bekas penyampai radio Era dan Sinar FM, Najman Mohamed, 51 yang sedang dirawat di Hospital Pakar Puteri (KPJ), Johor Bahru selepas disahkan positif Covid-19 tahap empat.
Seperti yang difahamkan perkembangan terbaharu keadaan Najman kini sudah berada ditahap empat berikutan paras oksigen dalam badannya yang semakin menurun. Sementara isterinya beransur pulih yang sebelum ini Positif Covid-19 di tahap empat.
Sebelum ini menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, Najman berkongsi tentang keadaan dirinya yang terpaksa menggunakan oksigen.
“Demam melampau, level oksigen bawah level 92. Atas nasihat doktor guna oksigen.
“Ya Allah, sembuhkan penyakit hambamu ya Rabb,” tulis Najman.
Kuku Tangan Mempunyai Garis Putih Melintang Yang Ketara, Petanda Dijangkiti Covid-19
Sepuluh Tahun Menanti Cahaya Mata, Jururawat Meninggal Selepas Dijangkiti Covid-19 Dari Pesakit
Usia Kandungan 30 Minggu Positif Covid-19 Tahap 5, Merayu Doktor Belah Perut Selamatkan Anak!
Malah pada masa yang sama Najman juga turut menerangkan isteri, Hawa Atan dan dua anaknya Amirul Akidd dan Amirul Akiff turut disahkan positif.
“Isnin pagi buat senaman paru-paru, rasa lain macam dan terus ke hospital. Sampai terus terus buat Xray dan City Scan sebelum disahkan Covid tahap 3.
“Isteri ditahan di hospital pada 13 Ogos lalu dan sekarang berada di tahap empat dan sampai hari ini oksigen tidak stabil serta diberikan bantuan oksigen. Anakanda Amirul Akidd pun positif dan menjalani kuarantin di rumah,” luahnya yang pada waktu itu berasa tidak sedap badan ketika melakukan senaman sebelum dimasukkan ke hospital.
Najman juga memohon doa dari orang ramai agar keluarganya diberi kesembuhan.
“Mohon doakan kami diberikan kekuatan dan kesembuhan. Allah jua yang Maha Penyembuh.
“Stay at home. Virus ni tak nampak dan tidak bergerak, manusia yang menggerakkannya,” terang Najman.
Sumber/Sumber Foto: Facebook Najman Mohamed