Naik Keretapi Dari Perak Ke Putrajaya, Mengaku Isteri Pertama Alha Alfa

Share

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa diuji lagi. Kali ini, didatangi seorang wanita yang didakwanya mempunyai masalah kesihatan mental. Mengakui dirinya adalah isteri pertama beliau.

Bukan itu saja, wanita ini juga sanggup menaiki keretapi dari Perak ke Putrajaya semata-mata mahu bertemu Datuk Alha.

Bagaimana pun kesibukannya pada hari kejadian, tidak membolehkan beliau berada di premis perniagaannya itu. Akui beliau lagi, wanita berkenaan seolah-olah mengenalinya dengan begitu rapat.

Sedangkan, Alha sendiri tidak mengenali wanita yang mendakwa dirinya isteri pertama beliau. Biar pun menerima kejutan sebegitu, Alha merasa sedih dan sayu mengenangkan keadaan yang dideritai wanita berkenaan.

Dari Perak ke Putrajaya Semata Mahu Berjumpa Datuk Alha

Allahu.. dugaan dan cabaran di bulan RAMADHAN, sejujurnya jauh di sudut hati saya, saya sangat rasa sedih dan sayu mungkin atas sakit atau saya sendiri tak tau masalah ape yang dihadapi kakak ni.

Saya berharap kita semua dapat melindungi ahli keluarga kita yang tidak sihat, mental atau fizikal supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku.

Amat-amat merbahaya, dari PERAK ke PUTRAJAYA naik kereta api.. semata-mata nak berjumpa saya.. tapi saya busy di hari kejadian, saya mintak maaf.

Yang kurang sedapnya beliau mengaku sebagai isteri pertama saya. Semua detail nama penuh saya, dan beberapa perkara lain beliau seolah amat mengenali saya terlalu rapat.. sedangkan saya tidak langsung mengenali beliau.

Kalau Salah Langkah, Macam-macam Boleh Berlaku

Kepada customer-customer yang datang shopping kelmarin dan berada di tempat kejadian, harap tidak “termakan” cerita-cerita yang dibawa kakak ini.

Katanya saya dukung beliau, peluk beliau ke bilik dan lain-lain lagi boleh membuatkan orang salah anggap sebab beliau amat berpewatakan NORMAL.

Selama berjam-jam beliau duduk di outlet saya seolah tak nak keluar jika saya tak datang. Beliau tinggalkan barang-barang dan beg-beg beliau dan suruh saya hantar ke rumah “kami” kononnya kami duduk serumah.

Apa pun, kepada keluarga beliau, posting ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi saya juga berpesan kepada diri saya, jika ahli keluarga mengahadapi masalah, perlu kita mengambil berat. Kalau salah langkah kakak ni, saya risau macam-macam kejadian boleh berlaku kalau terjumpa dengan orang yang salah.

Terima kasih pihak polis dari BALAI POLIS ABU BAKAR BAGINDA yang membantu saya dalam hal ini.. jasa kalian amat-amat saya hargai.

Baca sini : Alha Alfa Rajin Bersedekah, Utamakan Orang Tua, Sentiasa Minta Doa Keberkatan Reda Dari Mak

Untuk rekod, Datuk Alha Alfa pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Azlin ismail. Berkahwin di Taiping, Perak pada 28 September 2020 sebelum berpisah enam bulan selepasnya.

Mingguan Wanita : Kesihatan mental bukan hal yang boleh dibuat main-main. Dapatkan rawatan segera sekiranya ada tanda-tandanya pada diri sendiri.

Sumber/Foto : Alha Alfa

Published by
webadmin