Nahas ngeri di Ayer Keroh. Negara digemparkan dengan perkhabaran duka apabila tujuh maut termasuk lima sekeluarga apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara malam tadi.
Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam, pemandu dan penumpang MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; isterinya Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka Muhammad Umar Khairul Ikhwan dua tahun, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri serta pemandu bas pelancong Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang belum diketahui identiti.
Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah dua lagi anak pasangan itu, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan empat tahun dirawat di zon kuning Hospital Melaka dan Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan tujuh tahun dirawat di zon merah hospital yang sama.
Turut tercedera anak saudara pasangan itu yang dipercayai seorang kanak-kanak, namun belum dikenal pasti identitinya.
Ujarnya, punca kemalangan disebabkan bas pelancong terbabit melanggar tayar lori di tengah jalan menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan tiga kenderaan lain.
Seramai 40 orang dan tujuh daripadanya meninggal dunia, manakala 33 orang telah dihantar ke hospital akibat cedera dalam kemalangan ini.
Dipetik menerusi laporan Sinar Harian, adik bongsu kepada Allahyarham Khairul Ikhwan Mazupi, Nur Aqilah Mazupi, menerangkan abang dan kakak iparnya suka membantu orang. Mangsa yang terkorban kedua-duanya bekerja sebagai pembantu perubatan bukan sahaja rapat dengan adik-beradik lain, malah sikap mereka suami isteri yang suka membantu orang.
“Abang saya bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala isterinya di Hospital Serdang dan kedua-duanya sangat baik orangnya.
“Setakat ini, saya belum berbincang dengan keluarga ketiga-tiga arwah akan dikebumikan di mana dan menunggu ibu ayah yang datang ke sini dari Kuala Lumpur,” luah Nur Aqilah.
Mengimbas kembali kenangan bersama arwah abangm kakak ipar dan anak buahnya yang terkorban dalam nahas ngeri itu, Nur Aqilah tidak menyangka keceriaan abang dan kakak iparnya yang menyambut serentak ulang tahun kelahiran anak merupakan kenangan terakhir mereka bersama sebelum pasangan itu terkorban dalam kemalangan.
“Sebelum ini, tak pernah pun mereka sambut ulang tahun kelahiran bersama-sama sedangkan salah seorang anak saudara saya menyambut ulang tahun pada Februari depan manakala dua lagi pada Disember ini.
“Rupanya itu yang pertama dan terakhir mereka sambut ulang tahun anak-anak selain seorang anak bongsu mereka juga turut terkorban dalam insiden itu,” ujarnya.
Nur Aqilah turut memberitahu kali terakhir dia berjumpa dengan keluarga abangnya itu pada Sabtu lalu sebelum arwah sekeluarga bertolak ke Melaka untuk perjumpaan keluarga yang diadakan oleh keluarga sebelah kakak iparnya.
“Tiada sebarang perubahan atau apa yang pelik, cuma anak buah saya iaitu anak bongsu arwah, Umar beberapa kali melambai-lambai ke arah kami, sebelum kenderaan bergerak hingga mereka hilang daripada pandangan.
Itulah lambaian terakhir yang kami terima sebelum menerima khabar mereka tiga beranak maut manakala dua anak mereka masih dirawat di hospital,” sambungnya.
Baca Disini : Enam Beradik Bergelar Anak Yatim, Ibu Sempat Sediakan Juadah Akhir Sebelum Maut Kemalangan
Sumber : Sinar Harian
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.