Nahas ngeri di Ayer Keroh. Negara digemparkan dengan perkhabaran duka apabila tujuh maut termasuk lima sekeluarga apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara malam tadi.
Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam, pemandu dan penumpang MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; isterinya Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka Muhammad Umar Khairul Ikhwan dua tahun, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri serta pemandu bas pelancong Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang belum diketahui identiti.
Nahas Ngeri Di Ayer Keroh
Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah dua lagi anak pasangan itu, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan empat tahun dirawat di zon kuning Hospital Melaka dan Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan tujuh tahun dirawat di zon merah hospital yang sama.
Turut tercedera anak saudara pasangan itu yang dipercayai seorang kanak-kanak, namun belum dikenal pasti identitinya.
Ujarnya, punca kemalangan disebabkan bas pelancong terbabit melanggar tayar lori di tengah jalan menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan tiga kenderaan lain.
Seramai 40 orang dan tujuh daripadanya meninggal dunia, manakala 33 orang telah dihantar ke hospital akibat cedera dalam kemalangan ini.
Dipetik menerusi laporan Sinar Harian, adik bongsu kepada Allahyarham Khairul Ikhwan Mazupi, Nur Aqilah Mazupi, menerangkan abang dan kakak iparnya suka membantu orang. Mangsa yang terkorban kedua-duanya bekerja sebagai pembantu perubatan bukan sahaja rapat dengan adik-beradik lain, malah sikap mereka suami isteri yang suka membantu orang.
“Abang saya bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala isterinya di Hospital Serdang dan kedua-duanya sangat baik orangnya.
“Setakat ini, saya belum berbincang dengan keluarga ketiga-tiga arwah akan dikebumikan di mana dan menunggu ibu ayah yang datang ke sini dari Kuala Lumpur,” luah Nur Aqilah.
Sempat Sambut Serentak Ulang Tahun Kelahiran Anak
Mengimbas kembali kenangan bersama arwah abangm kakak ipar dan anak buahnya yang terkorban dalam nahas ngeri itu, Nur Aqilah tidak menyangka keceriaan abang dan kakak iparnya yang menyambut serentak ulang tahun kelahiran anak merupakan kenangan terakhir mereka bersama sebelum pasangan itu terkorban dalam kemalangan.
“Sebelum ini, tak pernah pun mereka sambut ulang tahun kelahiran bersama-sama sedangkan salah seorang anak saudara saya menyambut ulang tahun pada Februari depan manakala dua lagi pada Disember ini.
Ads
“Rupanya itu yang pertama dan terakhir mereka sambut ulang tahun anak-anak selain seorang anak bongsu mereka juga turut terkorban dalam insiden itu,” ujarnya.
Nur Aqilah turut memberitahu kali terakhir dia berjumpa dengan keluarga abangnya itu pada Sabtu lalu sebelum arwah sekeluarga bertolak ke Melaka untuk perjumpaan keluarga yang diadakan oleh keluarga sebelah kakak iparnya.
“Tiada sebarang perubahan atau apa yang pelik, cuma anak buah saya iaitu anak bongsu arwah, Umar beberapa kali melambai-lambai ke arah kami, sebelum kenderaan bergerak hingga mereka hilang daripada pandangan.
Itulah lambaian terakhir yang kami terima sebelum menerima khabar mereka tiga beranak maut manakala dua anak mereka masih dirawat di hospital,” sambungnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, waktu anak melasak adalah momen paling singkat tapi akan diingati nanti, jadi mak, ayah bersabarlah iya. Memang kadang-kadang boleh hilang akal bila anak melasak lain macam.
Itulah petanda anak mak ayah sihat, memang penat hendak melayan tetapi percayalah suati hari kelak mak ayah akan merindui saat anak-anak kecil kita melasak kerana momen ini sekejap saja.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais ini dan renungkan sedalam-dalamnya mengapa mak, ayah tak boleh melenting pabila anak-anak melasak:
Waktu Anak Melasak, Momen Paling Singkat
Memang penat bila anak tengah lasak.
Dia bukan peduli pun kita penat ke tidak. Selagi mata dia tak lelap, jangan haraplah kita boleh rehat.
Ada baiknya anak melasak ini sebenarnya.
Dia bukan sengaja nak lasak, tapi hati dia yang tengah membuak-buak nak cepat besar.
Waktu anak tengah melasak inilah momen yang paling kita akan ingati nanti.
Sebab ia momen yang paling singkat tapi paling banyak emosi. Percayalah.
12 tahun je. Tak lama. Lepas dia sudah membesar kita pula yang akan rindu amat pada kelasakan anak-anak kita.
Masuk saja alam remaja mesti kita akan terngiang-ngiang momen kelasakan anak ini.
Jadi Bersabarlah Mak, Ayah
Masa itu kita pula yang jadi kebudak-budakan nanti hendak ajak anak bermain. Sungguh dunia berputar macam roda!
Jadi sabar sajalah ya bila anak lasak, lasak itulah hiburan hati kita dan penguat motivasi kita untuk curah bakti pada anak anak. Nescaya anak-anak akan ingat bakti kita ni sampai bila-bila.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Sakitnya bengkak susu, tuhan saja yang tahu. Masa itu, anak nak menyusu pun tak boleh dah. Dua-dua tak selesa, baik mak mahupun anak. Mulalah badan mak rasa tak selesa, sampai nak demam dibuatnya.
Kadang suami tak faham betapa deritanya bengkak susu. Bukan boleh terus sua susu yang membengkak pada bayi yang menangis-nangis sebab nak susu tu. Boleh bayangkan tak kestresannya macam mana.
Tapi kalau dah ditakdirkan mak alami bengkak susu, ini cara alternatif yang mak boleh cuba. 6 cara ini boleh redakan sakitnya bengkak susu.
6 Cara Redakan Bengkak Susu
1. Usahakanlah Mandi Air Panas Suam
Berendam dengan air panas suam dapat membantu melembutkan payudara anda. Ketika mandi urut ditempat yang ada benjolan atau ketulan di bahagian belah kanan, kiri, bawah atau atas payudara.
2. Menyusu Terbalik
Di mana kedudukan ibu bertentangan dengan arah kedudukan anak yang sedang baring. Mudahnya anak berada di bawah dan ibu berada di atas, memangku tubuhnya dengan tangan, Ramai ibu yang gembira dengan hasilnya.
Posisi ibu membolehkan graviti membantu aliran susu ibu supaya lebih lancar ketika bayi menyusu. Untuk lebih selesa, ibu boleh meletakkan beberapa biji bantal supaya ibu tidak krem dan letih semasa menyusu dalam posisi ini.
3. Mak Sila Cool, Relaks Dan Tenangkan Fikiran
Sambil menyusu, tenangkan fikiran. Tekanan boleh melambatkan penyembuhan. Cara paling mudah, tenung wajah si manja anda semasa menyusu. Sebaik selesai penyusuan, anda akan mendapati ketulan itu telah hilang.
4. Guna Daun Kubis Pun Boleh
Ambil kelompak daun kubis dan tutup disekitar payudara anda. Daun kubis yang mampu melembutkan bengkak susu. Sebelum letak di sekitar payudara pastikan daun kubis itu dipanaskan seketika.
5. Pergilah Berurut Dengan Yang Pakar
Adakalanya anda perlukan bidan yang pakar dan tahu titik bengkak susu ini. Ketika mengurut itu memang sakit, anda harus menahan kesakitan itu. Selepas urutan itu anda tidak akan ada masalah bengkak susu lagi.
6. Picit Sekitar Puting Susu
Ketika mandi fokuskan kepada sekitar puting susu. Picit perlahan-lahan sehingga ia mengeluarkan ketulan berwarna putih. Lama kelamaan anda tidak akan merasa bengkak susu lagi.
Kenapa Susu Tersumbat?
Susu tersumbat ini kebiasaanya berlaku kerana ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Jika payudara tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus mengundur kerana penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
Sesetengah ibu akan mengesan satu tompokan putih kecil pada hujung putingnya, iaitu tanda saluran puting susu tersumbat, sel kulit tumbuh di atasnya. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang telah disteril atau anda boleh memicitnya sendiri.
Apabila susu tersumbat itu pecah, susu akan memancut. Anda akan rasa sangat lega dan selesa. Ketulan dan benjolan pada payudara akan hilang serta merta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak bila tak dikawal jadual tidurnya, mereka boleh saja bermain sampai jauh malam. Walhal esok hari, perlu bangun awal bersiap ke sekolah. Sebab itu kena biasakan anak tidur awal.
Tak cukup jam tidur inilah buatkan anak mengantuk dan tak fokus dalam kelas. Sebaik-baiknya, anak yang bersekolah rendah perlu tidur sekurang-kurangnya 9 jam. Jadi, taklah nanti dia mengantuk, moody atau letih lesu sepanjang hari di sekolah.
Puan Ain, ibu kepada dua orang putera ini berkongsi tip memastikan anak tidur awal secara konsisten.
Rutin Ini Dilakukan Agar Anak Tidur Awal
Tetapkan waktu tidur pukul berapa…ianya mestilah masa yang sama setiap hari.
Hentikan aktiviti/permainan anak 30 minit sebelum waktu tidur yang telah ditetapkan.
Suramkan lampu bilik anak anda.
Mandi, gosok gigi, baca buku atau bercerita ringkas setiap kali sebelum tidur adalah ‘clue’ bagi anak anda bahawa selepas itu dia perlu tidur.
Puji anak anda keesokan paginya kerana mematuhi waktu tidur.
Kalau Nak Berjaya, Kena..
Mulakan rutin ini sejak anak peringkat ‘toodler’ (merangkak dan mula hendak bermain sendiri).
Bila Anak Sukar Tidur Awal, Mak Amal
Surah Al-fatihah dan Ayatul Kursi 1x – dihembus ke seluruh badan anak.
Surah 3 Qul – 3x berturut-turut – hembus ke tapak tangan anda, kemudian usap tubuh anak
Baca Surah Bila..
Sebaiknya amalkan sebelum tidur setiap malam, termasuk doa hendak tidur dan bangun tidur di waktu pagi.